BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar enggan layan isu Rafizi cabar 'dipecat dari PKR'

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,917
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,917
Reaction score
99
Points
80
b9a734646cbc10dfdf4944eb358c7d14.jpg

ec11bf636a908897af8d9d3b9509b18e.jpg

ece87285247071f3b8e5c3744413c23b.jpg


Presiden PKR Anwar Ibrahim memilih untuk tidak melayan gesaan bekas timbalannya, Rafizi Ramli supaya dipecat daripada parti itu sekiranya didapati melanggar perlembagaan organisasi.

Hari ini, ahli parlimen Pandan mencabar tindakan terhadapnya susulan menerima surat tunjuk sebab terbaru daripada PKR.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan keutamaannya selaku perdana menteri kini tertumpu kepada usaha menangani cabaran ekonomi negara, bukan polemik dalaman parti.

"Tak apalah isu ekonomi negara lebih serius berbanding masalah peribadi," kata Anwar ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, Ampang hari ini.

Terdahulu, melalui satu catatan di media sosial, Rafizi berkongsi maklum balasnya terhadap surat bertarikh 9 April daripada Lembaga Disiplin PKR yang memperincikan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin yang didakwa mencemarkan nama parti.

Dalam jawapannya, Rafizi menggesa lembaga itu membuat keputusan tegas dan segera berhubung kedudukannya dalam parti, sambil menyatakan rakyat “sudah mual” dengan perkembangan tersebut.

"Jika penjelasan saya itu dikira telah melanggar perlembagaan parti, jadilah seperti sebuah parti yang normal (dan tidak songsang) dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat kepada anggota-anggota parti lain yang dikenakan pertuduhan disiplin sebelum ini," kata ahli parlimen Pandan itu.

Pada Februari lalu, Rafizi mendakwa PKR cuba menekannya agar meninggalkan parti, sekali gus membuka laluan untuk dia digugurkan sebagai ahli parlimen melalui peruntukan undang-undang antilompat parti.

Perkembangan itu susulan tindakan PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab yang mendakwa Rafizi telah mengisytiharkan peletakan jawatannya daripada parti apabila mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bukan atas tiket PKR.

Surat tunjuk sebab terbaru yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Zainol Samah, turut menyatakan Rafizi didakwa kerap mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti dan presidennya, Anwar Ibrahim.

 
Back
Top
Log in Register