dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
ROMPIN – PKR dijangka mempertaruhkan Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin, Mohd Nordin Pa’ Wan Chik sebagai calon akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sumber dalaman PKR memberitahu, pemilihan Mohd Nordin ditentukan peringkat pusat dan menerima watikah pelantikannya semalam.
Dengan pengumuman itu, Nordin dijangka mencabar penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Maznah Mazlan di kerusi Dun Muadzam Shah.
Bagaimanapun, pelantikan Nordin tidak disenangi jawatankuasa tertinggi PKR Cabang Rompin kerana dianggap bukan calon pilihan.
PKR Cabang Rompin mula bergolak apabila sebahagian besar daripada ahlinya mahukan calon lama iaitu Ketua Cabangnya, Rabidin Kasmawi bagi mewakili parti itu.
Naib ketua PKR Cabang Rompin, Rosni Arshad berkata, keputusan itu bukan kehendak akar umbi dan tidak sepatutnya berlaku dalam parti.
“Saya kecewa dengan keputusan ini. Suara kami seolah-olah tidak diendahkan peringkat pusat,” katanya.
“Untuk saya sokong Umno, minta maaf. Mulai hari ini, saya akan berehat panjang disebabkan kecewa dengan keputusan itu',” katanya.
Naib Ketua PKR Cabang Rompin 2, Roslan Zainudin pula berkata, sebaik saja mengetahui Nordin dicalonkan untuk bertanding di kerusi itu, semangatnya untuk bekerja terus luntur kerana nama Rabidin disisihkan.
Menurutnya, dia akan memikirkan keputusan untuk bersara, meskipun mengakui antara pelopor perjuangkan reformasi di daerah ini.
“Saya tidak akan berpolitik lagi, cukuplah sampai di sini usaha dan kerja-kerja saya untuk parti.
“Jika parti sanggup mencalonkan Rabidin semula, saya akan bekerja. Tetapi kalau calon sama, saya rela berundur. Biarlah saya berehat terus daripada politik,” katanya.
Sementara itu, Bendahari PKR Cabang Rompin, Muhamad Amsi Napiah berkata, PKR Pusat seperti tiada ketulusan dalam memilih calon kerana tidak mendengar suara akar umbi yang mahukan Rabidin.
“Kita harap ada reformasi dalam PKR, tetapi masih ditakuk lama. Peringkat tertinggi tidak mahu dengar suara kami yang mahu calon layak untuk menawan hati pengundi.
“Saya serahkan kepada parti untuk menilai dan jika ini keputusannya, kami akur. Saya sendiri akan berehat daripada politik,” katanya.
Dalam pada itu, Nordin ketika dihubungi memaklumkan, akan menjelaskan perkara itu esok (hari ini) berikutan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana sedang memandu ke Kuala Lumpur.