BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pizza Hut (Thread utk semua info promotion)

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Iklan Pizza Hut menawarkan piza semurah RM5.

KUALA LUMPUR 8 Jan – Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd. (Pizza Hut) memperkenalkan promosi terbaru, “Awesome! Tasty Deals – Promosi Gegar Rasa Gempak Harga” menawarkan 16 jenis piza berharga serendah RM5 untuk setiap piza.

Pengurus Besar Kanan Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon berkata, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk memberikan peminat setia mereka peluang menikmati kesemua piza pada harga yang berpatutan.

Katanya, promosi itu dilancarkan dengan mengambil kira faktor orang ramai yang sentiasa mencari hidangan lazat pada harga berpatutan untuk dikongsi bersama sahabat-handai dan keluarga.

“Promosi hebat Pizza Hut ini menjemput pelanggan untuk mencuba setiap jenis piza yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar di atas kerak kegemaran ramai, iaitu piza pan.

“Pada harga serendah RM5, anda boleh menikmati piza personal (jimat sehingga RM6.80), RM10.00 untuk piza saiz biasa (jimat sehingga RM14.80) dan RM15.00 untuk saiz besar (jimat sehingga RM19.80),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelanggan boleh memilih daripada 16 jenis pilihan ramuan (topping) seperti Hawaiian Chicken, Blazing Seafood dan terbaharu, Meat Lovers Pesto.

“Awesome! Tasty Deals – Promosi Gegar Rasa Gempak Harga” Pizza Hut ini terdapat di lebih 350 restoran Pizza Hut di seluruh negara untuk khidmat bawa pulang sahaja dari 5 hingga 27 Januari 2015.


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...iza-serendah-rm5-1.45923#sthash.2FSDM08J.dpuf
 
poster-wow-take-away-carousels-01.jpg


pizzahut.com.my

mcm ni baru betul.. persaingan sihat antara domino dan pizza..

bukan mcm sesetengah peniaga yg kawal sesuatu produk.. pakat2 sama depa untuk cekik customer..
 
Salute la.. Bkn mcm peniaga lain.. Gula sepeket naik 20sen.. Segelas air pn ko naik 20sen...
 
kadang2 tu aku tngk fast food mcm ni lebih murah.. ayam kfc pn murah.. seketul RM4.. besar plak tu.. (kecuali wing) pasar mlm pn lebih kurang sma aja harga
 
Back
Top
Log in Register