BTC USD 83,204.4 Gold USD 4,106.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piramid melayu

ade piramid kt malaysia mengikut kate admin militaryofmalaysia.net
 
orang yang tengah 'high' je yang boleh fikir semua ni..akhirnya melayu berangan sampai kesudah
 
TT yang aku pelik sekali ialah orang Sabah (Bajau) mengaku mereka berasal dari Johor................ tak percaya cuba search kat google..... kalau satu suku je mungkin khayalan tapi kesemua suku-suku Bajau ni mengaku berasal dari Johor.............. suku sama, ubian, yakan, semporna, filipina, indonesia tak ingat suku apa............. semua kata nenek moyang mereka memang dari Johor. Soalannya siapakah mereka sebelum ini, kenapa tinggalan suku mereka tidak lagi diperolehi di Johor, tetapi hanyalah suku Orang Asli atau Orang Laut yang mempunyai mirip kehidupan yang sama............. sebagai tambahan.......... orang Bajau ialah Pakar Laut yang sebenar di nusantara.........tak percaya pergi Semporna bagai mana mereka mengharungi lautan hanya dengan perahu kecil dengan layar........ tidak dinafikan suku ini juga adalah terkenal dengan "pandai tangan".......... maksudnya ahli segala jenis pertukangan........... yang teristimewa suku Bajau tidak pernah mengangkat suku mereka menjadi raja.... kenapa dan mengapa???

Hehehe...Bajau & Bugis ada hubungan...cuma semak satu thread tahun 2010 ada diskus pasal ni...diorang sembang dalam tu bahasa yang den tak berapa nak paham (bahasa bugis)..
 
ramai betul yang tumpang park dulu.... nak tambah post kot atau cerita piramid melayu ni memang betul-betul menarik...

heran juga kenapa nak berahsia sangat pasal piramid tu jika benar ia wujud
dan kenapa pula perlu dirahsiakan

kalau nak sembunyi dari pihak luar kenapa cerita ini 'meletup' dengan cepat. ingat tak kepakaran negara maju dalam menyusup gunung ganang dan banjaran di Afghanistan atau serangan roket israel terhadap rakyat palestin. mereka banyak teknologi canggih untuk kesan permukaan bumi...

dan apakah rahsia besar piramid sehinggakan menjadi terlalu sulit kepada keselamatan negara...

piramid kan hanya sebuah binaan, paling tinggi pun ianya sebagai bukti sejarah... kalau rahsia sangat kenapa sebarkan dalam blog etc.

Dirahsiakan seperti jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang...:)
 
apa link blog tuh??

mcm pernah terbaca je..

tp ianya cuma pandangan penulis shj yg cenderung kpd piramid..
 
Hehehe...Bajau & Bugis ada hubungan...cuma semak satu thread tahun 2010 ada diskus pasal ni...diorang sembang dalam tu bahasa yang den tak berapa nak paham (bahasa bugis)..

Perhubungan suku Bajau dengan Bugis adalah sama dengan perhubungan Bajau dengan Melayu (Brunei), Bajau dengan suku Tausug (Suluk), dsb....

Kemahiran pertukangan tangan dan keupayaan mistik hal-hal di lautan telah mengangkat kepercayaan suku lain terhadap mereka dalam hubungan berupa dagangan ekonomi, pertahanan, kelanunan (dengan maaf), pembinaan infrastruktur dsb....

Mungkin saudara terlepas cerita turun-temurun dari suku Bajau tentang Bugis (sekali lagi tidak berniat untuk membangkitkan kemarahan tetapi sekadar renungan bersama). Dahulunya ada pelayar Bajau dan Bugis bersahabat. Kerana perbezaan bahasa jadi malapetaka. Apabila cuaca mendung beransur cerah sang Bajau mengajak si Bugis "berkajang". Pada tanggapan sang Bugis, si Bajau mencabarnya untuk bertikam. Lalu terus menikam sang Bajau tanpa usul periksa walhal yang dimaksudkan ialah pasang layar..... sehinggalah ke cucu cicit bangsa Bajau sekarang hubungan ini jadi rengang....

Apa yang kita boleh belajar dari cerita ini ialah sang bajau mampu mentafsir keadaan semasa di lautan.....

Yang aneh dan peliknya buku sejarah Melayu mengatakan bahawa suku Bugis adalah ahli Pelayaran Handalan..... cuba tuan-tuan buktikan di mana puing-puing keahlian mereka dewasa ini. Ternyata ada satu suku berdampingan dengan mereka iaitu suku Bajau yang tidak pernah mengangkat suku sendiri menjadi raja atau pemimpin agung. Sudah tentulah bangsa yang didampingi itu menjadi ternama sedang suku bajau kekal dengan kehidupannya... buat rujukan lagi bagai mana puteri sultan Brunei diculik oleh suku Bajau ras Pengingi' dibawa ke Sulu.... bagaimana mereka berkeupayaan menyelinap di seluruh ruang kepulauan walhal kerajaan Brunei bukan alang kepalang kuatnya.....

Cuba tanyakan taukeh-taukeh cina tapak pembinaan di Sabah, berapa cepat buruh dari filipina (suku Bajau juga) mahir??? Pembikinan perahu tradisi menggunakan beliung. Jenis-jenis parang atau pisau.... ada berapa jenis nama parang (senjata) yang ada dalam bangsa ini, pergi ke Kota Belud lihatlah kesenian membuat parang yang cantik. Teknik tangkapan ikan.... jangan tanya.... Kemahiran menyelam.

Dan, yang amat penting menerima Islam..... adakah mereka juga yang terawal....???

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Hamba Mengkuang Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dangang Hamba Musafir Lalu
 
Kalau dibaca dari cerita asal-usul nama Kajang, Selangor.

Mirip cerita ini adalah hampir 100%, setuju. dan bangsa yang hadir ketika itu ialah Bugis dan orang laut (Bajau).... makna Bajau sudah lama hadir di alam Melayu.... Bugis bertapak di Selangor dengan bantuan suku Bajau... dan jangan lupa apa peranan mereka di sana.... bukankah mereka itu lanun yang digeruni oleh penjajah....

Jadi tidak mustahillah bangsa dari orang laut seperti teori yang pernah diutarakan adalah bajau..... dan saki bakinya masih ada di Johor.....
 
Back
Top
Log in Register