BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piramid melayu

xtimbul pun isu keselamatan negara,retorik je sume tu sbb aku antara yg terlibat juga secara langsung dgn perkara2 cmni lama dulu,masa zaman2 aku jahiliah. bkn nak dabik dada,tp hal2 cmni xtercapai dik akal manusia sbb mmg xmasuk akal pun..ni bkn hal manusia,so jgn masuk campur membavi buta..kecuali dgn utusan atau urusan yg mendesak...byk nye setakat dgr2 ckp org atau baca se page dua kerat ayat...yg tokok tambah mmg ramai,yg percaya dan jaja tu xterkira... so bg yg faham tu fhm lah hujung dan pangkalnya...


...macam kes nak sedut harta karun aje ...:D


tulah bila sebut piramid melayu aku ingat gambar ni

ssdfgasg.jpg


...skim piramid melayu memang byk ....

:eek::eek::eek:
 
...macam kes nak sedut harta karun aje ...:D

apa brg sedut rete karun... bg saja pun kita tolak :"> bkn sbb xmau..tp sbb yg ada pun dah tak termakan2...alhamdulillah murah rezki kita semua...
 
x tahu dah ada atau tidakb dalam CG ni...
amik cerita ni dari blog...

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU
Posted on September 25, 2012
NOTA PENULIS : ARTIKEL INI HANYA UNTUK BLOGGER DAN PEMBACA KELAS KAMBING, KOMEN DARI BLOGGER DAN PEMBACA KELAS TENUK, TAPIR, CIPAN, UNGKA DAN MAWAS AKAN DIDELETE.

SAYA INGIN UCAPKAN BERBILION TERIMA KASIH KEPADA PIHAK-PIHAK TERTENTU YANG MEMBERIKAN INPUT, DATA DAN KEPADA TUKANG SURVEY SAYA YANG BERJAYA DAN MEMBANTU SAYA MENULIS ARTIKEL INI.

PROLOQUE

1. Selamat bertemu kembali

2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.

3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.

4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.

5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.

6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.
SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

8. Saya bukanlah pakar hadis.

9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.

10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”

“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”

“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?
NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.

14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.

16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.

17.Padinya berbuahkan emas.

18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.

23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU

24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.

25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.

26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.

27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.

28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.

29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.

30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.

32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.

33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.
TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL
“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.

36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?

37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.

39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.

40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.

41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.

42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.

44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.

PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA

46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.

47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.

49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.

51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.

52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.
PYRAMID-PYRAMID LAIN

53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.

54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.

55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.
BESI ANEH

56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.

57.Yang anek sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.

58.Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.

59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?

60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.

61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……

62.Sila ikuti blog saya….untuk persoalan-persoalan yang dijamin akan menyebabkan anda mual dan akan muntah untuk menunggu saya update dan menjawab persoalan saudara.

63.OOO ada laluan shorcut, iaitu segelas teh tarik dan sekotak rokok.

mlm nanti sambung skit lg dgn gambar



...misteri nusantara - piramid jin ka ni tt ?
 
yg aku tau sunway piramid je la..
 
yg saya tahu, kat indon memang dah kecoh ada piramid kat gunung padang.. kat malaysia tak tau pulak..
 
yg saya tahu, kat indon memang dah kecoh ada piramid kat gunung padang.. kat malaysia tak tau pulak..

piramid yg ada kat tanah mesia byk yg bentuk kubah... tp aku panggil piramid gak sbb interior die lebih kurang je:))
 
Salam semua, x sangka pula ramai yang menunggu.. sebenarnya kisah piramid Melayu ini boleh tengok blog ini:

http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/#more-1231

dinasihatkan supaya baca bahagian komen dalam blog diatas. Mana2 komen yang melibatkan politik dalam blog kat atas bolehlah diabaikan dan juga boleh lihat blog ini

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/10/piramid-melayu-kuno-ditemui.html

saya Cuma copy paste sebab nak kongsi dengan semua orang, mana tahu ada yang sudi nak kongsi maklumat tambahan.

slide1pea.jpg


Sama ada suratan atau kebetulan aku tak pasti,tapi semasa menghadhiri Permukiman Bloggers Janda Baik hujung minggu lalu aku ditempatkan disuatu puncak paling tinggi di Janda Baik dimana Saufiville Resort bediri megah.Walaupun pada mulanya aku sepatutnya bermalam di Wadi Hussein tapi atas desakan Uncleseekers disaat saat akhir aku terpaksa akur untuk bermalam di Saufiville.

Jadi bila aku sampai di resort yang berada dipuncak paling tinggi itu hari pun sudah menjelang senja dan dalam keheningan senja disuatu penjuru resort tu (gambar diatas) mata aku terpaku pada salah satu bukit/gunung yang pastinya dalam lingkaran Banjaran Titiwangsa.Apa yang menarik tentang bukit/gunung ini ialah bentuknya yang menyerupai piramid dan amat sempurna sekali.

slide2ok.jpg

Ini gambar yang aku snap sendiri.Bukan nak tunjukan gunung itu tapi
lebih kepada nak tunjukan suasana kedamaian balcony Saufiville Resort.
'Piramid' yang aku maksudkan terlindung dibalik tiang..

Memandangkan malam mula menyelubungi aku tidak berpeluang melihat struktur bukit/gunung itu dengan jelas waktu itu.Tapi keesukan paginya aku mengajak beberapa sahabat bloggers untuk sama sama membuat penelitian terhadap struktur bukit yang dimaksudkan dengan menggunakan alat alat zooming yang ada pada kami.

Allahu Akbar...

"Bukit tak serupa bukit..gunung tidak serupa gunung"

Ianya terlalu sempurna baik dari segi bentuk mahupun puncak nya untuk sebuah bukit/gunung dan ianya lebih menyerupai bentuk sebuah piramid.Apatahlagi bila melihat pokok pokok yang meliputinya melalui zoom,akan kelihatan pokok pokok yang tumbuh cukup selari dari atas kebawah atau sebaliknya.Ianya tidak kelihatan semulajadi...

Maka teringat aku satu artikel yang aku baca beberapa hari lalu DISINI dari sebuah blog.Kisah ini pernah hebuh seketika dulu tapi seakan akan 'disenyapkan' oleh pihak pihak tertentu ntah atas sebab apa.Jadi kepada anda yang berminat untuk melihat apa yang aku anggap sebagai "Piramid Kuno Melayu",apakata anda singgah atau bermalam di Saufiville Resort dan melihat sendiri dengan mata anda,Anda tidak akan menyesal kerana sekurang kurangnya makanan yang disediakan disitu enak enak belaka.Aku pasti anda akan jatuh cinta..

Dan ini lagi satu – tp dalam bahasa english la pulak..

http://ki-media.blogspot.com/2007/12/ancient-khmer-city-discovered-in.html

Ancient Khmer city discovered in Malaysia?

slide3m.jpg

The pyramid-like hills near Tasik Chini have sparked interest in the legend of a lost civilisation

Lost city of Khmer empire?

2007/12/10
The New Straits Times (Malaysia)
PEKAN: The existence of seven pyramid-like hills near Tasik Chini has again sparked interest in the legend of a lost civilisation in the area that could date back to the 12th century.

While there is no proof that the hills are man-made, there is a possibility that it is part of a lost city or may at least shed some light on the mystery.

It is long believed that the ancient city could only be found in the depths of the lake. This is based on a theory that the area was inundated with water after the fall of the Khmer empire, of which the city was a part of in the 15th century.

Although many people have made claims of a sunken city, little effort has been made to unravel the mystery. Based on pieces of porcelain found in the area, the city could have been built when the Khmer empire was at the height of its power.

The Khmer empire was ruled, between 802 and 1432, by a succession of "god kings" and had its capital in Siem Reap, Cambodia, where the famed Angkor Wat temple complex stands.

According to a villager, the "pyramid" was more evident when one of the unique hills in Padang Kerbau was cleared by a plantation company recently.

"Before this, all the hills looked normal. However, the way they were 'positioned' is not natural and that is quite interesting," said Ahmad Najib Mohd Don of Kampung Melayu, Chini.

Ahmad Najib, 57 and his wife, Pauziyah Abdullah, 49, later drove their pick-up truck to the hills and found that the formations stood in a swampy area.

Although she was born in Kampung Melayu, Pauziyah said she never realised the peculiar shape of the hills as they were covered by vegetation.

"The hills are also inaccessible because of the swampy land which surrounds them."

The new development has excited archaeologist, Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, who was known for his leading role in the expedition to locate the lost city in 1998.

"There's a possibility as we cannot say for sure its exact location. It can be in the lake or on land," said the senior research fellow at Universiti Kebangsaan Malaysia when contacted.

He said there was no conclusion during the two-week exploration nine years ago as the team had lacked funds.

"We managed to drain a small part of the lake but the compartment walls collapsed when we were about to clear a layer of mud on top of a rocky base."

Dan ini pula kisah piramid di Indonesia

http://sochehsatriabangsa.wordpress.com/2012/02/07/penemuan-piramida-di-indonesia/

penemuan piramida di indonesia


slide4u.jpg

Penemuan Piramida Raksasa di Bandung Jawa Barat ini masih merupakan misteri dan masih diteliti lebih dalam tentang keberadaannya

Berikut ini adalah beberapa artikel yang menguak tentang misteri piramida raksasa di Bandung yang tepatnya berada di Gunung Lalakon, yang terletak di Desa Jelegong, Kecamatan Kotawaringin, Kabupaten Bandung.
Berburu Piramida Nusantara
Mentari nyaris berada di atas ubun-ubun, saat empat mobil menepi di pinggiran Jalan Raya Soreang-Cipatik, medio Februari 2011. Siang itu, Kampung Badaraksa yang terletak di lereng bukit, kedatangan tamu.
Rombongan itu menyusuri jalan kecil mendaki di tengah pemukiman penduduk, hendak menuju ke atas puncak Gunung Lalakon, yang terletak di Desa Jelegong, Kecamatan Kotawaringin, Kabupaten Bandung.
Dari Kampung Badaraksa yang berada di ketinggian sekitar 720 m di atas permukaan laut, mereka bergegas naik memutari bukit dari bagian selatan ke barat.
Sambil membawa berbagai peralatan dan beberapa gulungan besar kabel, rombongan membelah hutan gunung. Derap langkah kaki mereka seolah berkejaran dengan ritme suara jengkerik, dan tonggeret di kanan-kiri.
Tim yang terdiri dari sekelompok pemuda dan para peneliti itu, akhirnya sampai di puncak setinggi 988 meter dari permukaan laut.
Kabel direntang. Tim mulai memasang alat geolistrik yang mereka bawa. Sebanyak 56 sensor yang dipasangi altimeter (alat pengukur ketinggian) diuntai dari puncak bukit ke bawah lereng, masing-masing berjarak lima meter, dicatu oleh dua aki listrik.
Alat-alat itu berfungsi mendeteksi tingkat resistivitas batuan, dan bisa digunakan menganalisa struktur kepadatan batuan hingga ratusan meter ke bawah. “Tujuan kami saat itu mengetahui apakah ada bangunan tersembunyi di dalam gunung,” kata Agung Bimo Sutedjo, kepada VIVAnews, di Jakarta, Selasa, 15 Februari 2011.
Agung adalah Pendiri Yayasan Turangga Seta, organisasi yang punya hajat penelitian di gunung itu. Bak tokoh fiksi Indiana Jones, awak Turangga Seta memang punya kegemaran memburu jejak sejarah. Bukan atas hasrat memiliki, tapi mengungkap kegemilangan sejarah nenek moyang di masa lalu.
Komunitas itu berdiri sekitar 2004, digawangi oleh sekelompok profesional di berbagai bidang. Ada pengajar, kontraktor bangunan, pegawai negeri sipil, karyawan perusahaan swasta, juga mahasiswa. Beberapa di antara mereka punya kepekaan lebih terhadap kehadiran gaib, atau istilah keren mereka: parallel existence.
“Kami ini semua anak-anak MIT. Bukan Masachussetts Institute of Technology, tapi Menyan Institute of Technology,” kata anggota Turangga Seta Hery Trikoyo, bergurau. Sebab, dalam melakukan perburuan terhadap situs sejarah, kadang mereka mendapat sokongan informasi lokasi dari ‘informan tak kasatmata’.
Namun, karena dasarnya mereka adalah anak-anak yang mengenyam pendidikan tinggi, dorongan mereka membuktikan informasi tersebut, mengalir deras. Tak jarang para ‘arkeolog partikelir’ ini keluar malam-malam usai jam kerja, untuk menggali sebuah tempat demi membuktikan kebenaran hipotesa mereka.
Setelah mereka menemukan benda sejarah yang mereka maksud, lalu mereka menimbunnya kembali, tanpa diketahui oleh masyarakat umum. “Kami khawatir bila diketahui banyak orang, malah diambil atau dicuri,” kata Agung.
Kali ini, kedatangan mereka ke Gunung Lalakon dalam rangka membuktikan teori mereka, bahwa ada sejumlah piramid di Indonesia. Salah satu informasi awal didapatkan dari tafsiran mereka terhadap relief Candi Penataran.
Turangga Seta percaya bahwa kebudayaan Nusantara lebih tua daripada Kebudayaan Sumeria, Mesir, atau Maya. Mereka haqul yakin Indonesia memiliki situs candi atau piramida yang lebih banyak dan lebih megah dari peradaban Mesir dan Maya.
“Ada ratusan piramida di Indonesia, dan tingginya tak kalah dari piramida Giza di Mesir yang cuma 140-an meter,” kata Agung. Meski masih harus diuji secara ilmiah, pandangan Agung senada dengan teori Profesor Arysio Santos, yang menyebutkan Indonesia adalah peradaban Atlantis yang hilang. (Baca juga: Nusantara Memendam Atlantis?)
Keyakinan ini tentu saja membuat banyak orang mengernyitkan dahi. Turangga Seta sempat mem-post keyakinan mereka ihwal keberadaan piramida di Indonesia di sebuah forum online. lengkap dengan foto-fotonya. Hasilnya, mereka menuai cemoohan dan tertawaan. “Nanti, kalau semuanya terbukti, mereka tak bisa lagi tertawa,” kata Agung berapi-api.
Turangga Seta mengklaim masih ada ratusan piramida lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Salah satu pentolan Turangga Seta lainnya, Timmy Hartadi, dalam laman Facebook mereka mengatakan bahwa piramida-piramida itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. (Lihat Infografik)
Klaim penemuan sebuah piramida tersembunyi di dalam bukit, tak hanya terjadi di Indonesia. Klaim ini juga sempat muncul di Bosnia. Pada 2006, seorang pengarang bernama Semir Osmanagic mengklaim penemuan ini, dan sempat mengatakan mereka menemukan piramida tersembunyi di bukit Visocica, kota Visoko, yang terletak di barat laut Sarajevo.
Osmanagic mengatakan penggalian piramida itu melibatkan arkeolog dari Australia, Austria, Irlandia, Skotlandia dan Slovenia. Namun, beberapa arkeolog yang disebut Osmanagic menolak klaim tersebut.
Seperti dikutip dari situs Archaeology.org, arkeolog dari Kanada yang disebut Osmanagic, Chris Mundigler mengaku tak pernah mendukung atau setuju bekerja di proyek tersebut. “Skema ini adalah sebuah kebohongan keji terhadap masyarakat awam, dan tak akan pernah mendapat tempat di dunia ilmu pengetahuan,” kata pernyataan resmi dari Asosiasi Arkeolog Eropa.
Bagaimana dengan klaim piramid di Bandung dan di Garut?
Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung maupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramida. Mereka memiliki empat sisi yang nyaris simetris.
“Bentuknya kok begitu simetris ya? Lancipnya sangat simetris,” ujar arkeolog senior Profesor Edi Sedyawati, saat dijumpai VIVAnews di kediamannya di Jakarta, Rabu, 23 Februari 2011.
Namun, kata Edi, klaim dan hasil uji geolistrik masih belum cukup untuk mendapatkan kesimpulan akhir. Langkah selanjutnya adalah penggalian percobaan pengambilan sampel dengan memuat sebuah test bed untuk mengetahui apa benar ada indikasi lapisan-lapisan budaya dan ada bekas-bekas perbuatan manusia atau tidak.
“Tapi ini harus betul-betul penggalian arkeologi yang meminta izin kantor suaka purbakala dan melibatkan arkeolog, karena harus ada pertanggung jawaban dan laporan, dari mili ke mili (milimeter, red),” kata Edi Sedyawati.
Turangga Seta pun tengah mengusahakan izin pengambilan sampel tanah di Gunung Lalakon kepada Pemda Jawa Barat. “Kami hanya perlu menggali tanah di lokasi, selebar sekitar 3-4 meter dengan kedalaman sekitar 3 meter,” kata Agung.
Gunung Lalakon dikelilingi beberapa bukit lain seperti bukit Paseban, Pancir, Paninjoan, Pasir Malang. Di bukit Paseban ada tiga buah batu, yang dua di antaranya terdapat telapak kaki manusia dewasa, dan telapak kaki anak-anak.
Menurut Edi, bila benar batu telapak itu peninggalan sejarah, kemungkinan ini berasal dari zaman megalitikum. Batu telapak juga sudah dijumpai di tempat lain, seperti prasasti Ciaruteun, peninggalan Raja Purnawarman dari kerajaan Tarumanegara. “Cap telapak kaki biasanya diabadikan sebagai monumen mengenang pemimpin suatu daerah,” kata Edi.
Cap kaki juga erat kaitannya dengan konsep Triwikrama atau tiga langkah yang berkembang di masa itu. Saat itu, mereka percaya bila seseorang hendak naik ke dunia dewa-dewa, mereka harus menjejak dengan keras agar dapat melompat tinggi sekali.
Sementara itu, di Gunung Lalakon juga terdapat beberapa situs batuan, seperti Batu Lawang, Batu Pabiasan, Batu Warung, Batu Pupuk, Batu Renges, Batu gajah, dan sebuah batu panjang yang terletak di atas puncak.
Menurut Abah Acu, tokoh masyarakat Kampung Badaraksa, secara filosofis, Gunung Lalakon adalah perlambang sebuah lakon dari kehidupan manusia. Batu-batu tadi merepresentasikan berbagai lakon atau profesi yang dipilih oleh manusia.
Namun, keberadaan batu-batu tadi kerap disalahgunakan. Banyak orang datang ke tempat batu di Gunung Lalakon mencari pesugihan. Bahkan, menurut Jujun, tokoh agama Islam di tempat itu, dulu banyak orang datang ke Batu Gajah mencari ilham judi buntut. “Banyak pula yang berhasil menang,” kata Jujun.
Jujun menerangkan, di Gunung Lalakon secara rutin juga digelar acara ritual tolak bala, yakni dengan membuat nasi tumpeng kemudian dibagikan dan dimakan oleh penduduk. “Acara ini diadakan setiap tahun, biasanya setiap tanggal 1 Syuro.”
Berbeda dengan tradisi di Gunung Lalakon, masyarakat di sekitar Gunung Sadahurip relatif lebih ‘modern’. Menurut Nanang, warga Kampung Cicapar Pasir, kampung terdekat Gunung Sadahurip, di sana tak ada tradisi tolak bala. Masyarakat sekitar juga tak terlalu peduli dengan mitos gunung itu di masa lalu

Dibuka kepada mana2 ahli CG menambah fakta baru jika ada....
 
Selamat pagi... nanti den cari lagi fakta baru jika ada.. org putih mengkaji sejarah bermula dari kisah lagenda sehingga memakan masa berpuluh-puluh tahun, baru mendapat hasilnya....
 
Piramid soal kemajuan tamadun manusia.
Bukan jin, bukan iblis.
Contohnya piramid kat mesir dah dibuktikan pembinaan guna tanah liat yg dicairkan. Bukan jin atau ufo yg angkat batu besar2 tu.

Mungkin ada juga piramid di alam sebelah sana tapi lebih baik bincangkan benda yang nyata.
 
Back
Top
Log in Register