BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pintu Bilik Hotel Yang Dikunci (Phuket, Thailand)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1765242651448.png



Pintu Bilik Hotel Yang Dikunci (Phuket, Thailand)



Kisah ini berlaku pada awal tahun 2017 di sebuah resort kecil yang popular berdekatan pantai di Phuket, Thailand.

Lek, seorang pekerja di kaunter hadapan (front desk) sedang bekerja syif malam, biasa mengendalikan resort itu sendirian selepas tengah malam.

Pada sekitar pukul 1.00 pagi, telefon di kaunter Lek berdering. Ia adalah panggilan dari Bilik 404 yang terletak di tingkat paling atas dan hujung koridor, bilik yang terkenal dengan kisah gangguan seram.

Seorang lelaki warga asing (tetamu) yang menginap di situ menelefon Lek dengan nada suara yang bergetar dan panik:

Tetamu (Dalam bahasa Inggeris): "Sila hantar sesiapa ke bilik saya sekarang! Saya dan isteri saya tak boleh masuk bilik. Pintu bilik kami dikunci dari dalam!"

Lek jadi hairan. Pintu bilik hotel moden hanya boleh dikunci dari dalam menggunakan selak besi (deadbolt). Kalau isteri tetamu tu ada di luar, maksudnya, suaminya dah kunci deadbolt itu dari dalam, dan tak boleh dibuka dengan kunci kad.

Lek cuba call semula telefon dalam bilik 404, tetapi panggilan tak diangkat.

Lek bergegas naik ke Bilik 404 bersama spare key.




Situasi di Bilik 404


Apabila Lek tiba, dia dapati suami isteri itu sedang berdiri di hadapan pintu bilik.

Suami: "Kami keluar makan malam. Kami kembali, dan kunci kad tak boleh buka. Pintu ni mesti dikunci dari dalam!"

Lek mengesahkan memang pintu itu dikunci dari dalam (dengan deadbolt), kerana kunci kad tidak berfungsi. Lek, yang mula rasa seram sejuk, menjenguk ke lubang kunci (peephole) itu.

Dia nampak pandangan lubang kunci itu DITUTUP dari dalam dengan sesuatu yang berwarna putih dan gelap (macam kain atau tuala).

Lek cuba ketuk dan jerit: "Sir, are you there? Is everything alright?"

Tiada jawapan. Hanya senyap.

Lek terpaksa menghubungi pengurus. Akhirnya, mereka terpaksa memecahkan pintu bilik itu (mengikut protokol keselamatan).

Apabila pintu dipecahkan dan mereka masuk ke dalam:


  • Bilik itu kosong. Tiada sesiapa di dalam.
  • Katil tidak terusik.
  • Yang paling menyeramkan, selak besi (deadbolt) pada pintu itu DITOLAK KE ARAH KUNCI DARI DALAM!
  • Sehelai tuala putih kecil ditemui digantung pada tombol pintu di bahagian dalam, betul-betul menutup lubang kunci itu!
Polis dipanggil untuk siasatan. Mereka mengesahkan tiada cubaan pecah masuk dan tiada orang lain yang boleh masuk bilik itu. Mereka terpaksa merekodkan insiden itu sebagai gangguan 'tanpa penjelasan'.

Pekerja resort di situ percaya, ia adalah roh seorang tetamu yang pernah mati dalam bilik itu kerana sakit jantung, dan rohnya sering mengganggu dengan mengunci pintu bilik dari dalam kerana dia tidak mahu biliknya diganggu.







Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 

Attachments

Back
Top
Log in Register