BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pinjam RM250 tanggung bunga RM5,800

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Miri: Seorang wanita kini dibelenggu ketakutan apabila terpaksa menanggung faedah hutang berjumlah RM5,800 untuk pinjamannya daripada along yang bernilai RM250.

Mangsa berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta terus diburu samseng upahan along terbabit, walaupun dia sudah menjelaskan hutangnya.

Berikutan tidak tahan dengan ugutan dan bimbang keselamatannya diancam, samseng berkenaan yang dikenali sebagai Kevin, wanita itu membuat laporan polis, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, wanita itu dipercayai membuat pinjaman sebanyak RM250 daripada along tiga bulan lalu, selepas beliau menghadapi masalah kewangan.

Pinjaman dibuat tanpa membabitkan sebarang dokumen dan hasil perbincangan mangsa diminta membayar hutang berkenaan termasuk termasuk faedah sehingga lebih RM500.

“Walaupun hutang dan faedah dikenakan dijelaskan, namun lelaki terbabit terus menuntut bayaran dan mengugut keselamatan mangsa setiap kali menerima panggilan daripada telefon bimbitnya.

“Ugutan berterusan menyebabkan mangsa terpaksa membuat beberapa kali pembayaran mencecah RM3,500 yang dimasukkan ke dalam akaun bank beberapa individu tidak dikenali,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian terbaharu, wanita terbabit sekali lagi menerima panggilan telefon daripada lelaki sama jam 9.30 malam kelmarin dan memintanya memasukkan wang RM1,800.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PinjamRM250tanggungfaedahRM5_800/Article
 
perggghhh ...mcm tu sekali ke ...
 
report polis la kalau jadi mcm ni.

masa nak ambik buat muka manis pun, bila time nak bayar liat pulak.
 
report polis la kalau jadi mcm ni.

masa nak ambik buat muka manis pun, bila time nak bayar liat pulak.

mohon dibaca dengan betul-betul...

dunia akan jadi lebih baik bila kita baca dengan betul2 sebelum komen... :)
 
Pinjam lagi dengan ahlong. Tak kiralah korang pinjam banyak mana pun.

Lepas tu memang akan kena bayar sampai mati. Tiap bulan ahlong buat korang macam mesin ATM.
 
bayo lambt kot ni...
tu yg jd berdouble2 utang...
 
bunuh je along nie...baget gangster taik kucing
 
Sbb tu Islam haramkan riba....
 
Back
Top
Log in Register