BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pinjam along belanja kahwin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu.

Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000.

Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan.

“Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi.


“Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pinjamalongbelanjakahwin/Article/index_html
 
bank patut buat skim loan kahwin..bagi interest rendah sket and buat bunga ke atas baki.. kalau duit sampul banyak setel baki apa yg ada and bayar bulan2 ikut belen gji.

Kesian org nak kawin
 
saja carik nahas deal dengan ahlong bukit beruntung...
 
bank patut buat skim loan kahwin..bagi interest rendah sket and buat bunga ke atas baki.. kalau duit sampul banyak setel baki apa yg ada and bayar bulan2 ikut belen gji.

Kesian org nak kawin

ramai yg pasang 2 nanti..:D
 
dari pinjam rm3K jadi 40K..mcm mana tu.. ako rasa alon if bayaq ontime xde la bunga dia kaw2 mcm tu..bukan ke kena bagi kad atm ke..mcm mana leh pinjam sampai 23 along ? ada 23 atm kad ke
 
“Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.

Last2 pergi pejabat MCA, UMNO tak tolong ke?
 
dah tak mampu buat ar ala kadar ajer..abg aku dulu pon kawen ngan majlis gap dekat 3 bulan member aku gap dekat 6 bulan..jgn jadikan sbb nak kawen sbg alasan utk pinjam along
 
dah tak mampu buat ar ala kadar ajer..abg aku dulu pon kawen ngan majlis gap dekat 3 bulan member aku gap dekat 6 bulan..jgn jadikan sbb nak kawen sbg alasan utk pinjam along

setuju - setuju.. daripada malu xckup duit kawin..sekarang ini dah memalukan diri sampai masuk surat khabar.. nampak sgt xguna akal fikiran..kan dah susah skrg..
 
Back
Top
Log in Register