BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Makin Dekat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Bahang pilihan raya umum ke-12 semakin terasa apabila UMNO hari ini mengeluarkan arahan melarang semua pemimpinnya daripada melakukan lawatan ke luar negara berkuat kuasa serta-merta.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam secara berseloroh mengatakan pilihan raya umum akan datang boleh diadakan sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dijadualkan pertengahan Mac ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini tampil dengan arahan tersebut.

Menurut Radzi, ia bagi memastikan semua pemimpin dan ahli parti menumpukan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Katanya, pekeliling mengenai larangan itu diedarkan hari ini kepada semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

“Pemimpin parti negeri, bahagian serta cawangan diminta memastikan semua ahli UMNO tidak ke luar negara pada masa ini.

“Jika hendak buat kursus menjelang pilihan raya, buat dalam negara sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Dalam pada itu, Radzi yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Pada mesyuarat itu, katanya, semua parti komponen dijangka mengemukakan laporan masing-masing mengenai tahap prestasi dan persediaan jentera masing-masing.

“Mungkin ada yang hendak minta tambah kerusi. Semuanya akan didengar pada mesyuarat itu nanti,” katanya.

Mengenai peluang BN mempertahankan mandat memerintah, beliau berkata, di atas kertas BN tidak ada masalah untuk mengekalkan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua ahli UMNO dan BN supaya tidak leka dengan kelebihan yang ada sebaliknya memperkemaskan jentera pilihan raya di semua peringkat.

Pada pilihan raya umum lepas, BN mencapai kemenangan besar memperoleh 199 kerusi Parlimen berbanding 20 kerusi oleh gabungan parti pembangkang.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi berkata, Abdullah yang juga Presiden UMNO akan menyampaikan amanat kepada kesemua 191 ketua bahagian parti pada Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa ini.

Katanya, pertemuan itu sebagai persediaan parti menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

“Perjumpaan ini penting bagi membolehkan pemimpin akar umbi mendapat maklumat terkini dan memahami isu-isu semasa yang berlaku.

“Ini termasuk kenaikan harga barang dan kejadian jenayah yang kerap berlaku kebelakangan ini. Mereka akan mendengar dari mulut Perdana Menteri sendiri,” katanya.

Semalam, Abdullah berkata, jentera pilihan raya UMNO di semua negeri kini bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu telah dimaklumkan oleh pengerusi-pengerusi badan perhubungan UMNO negeri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu dan beliau berpuas hati.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya umum ke-12 akan diadakan selepas beliau kembali dari sidang kemuncak OIC, secara berseloroh Abdullah berkata, ia boleh diadakan sebelum persidangan itu.
 
suma org dah tau ... bulan mac nih lah
 
Back
Top
Log in Register