BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan Raya Presiden Sri Lanka Bermula

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
21.09.2024 - Pilihan raya Presiden di Sri Lanka bermula pada Sabtu, dengan lebih 17 juta pengundi berdaftar akan memilih presiden baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, lapor Xinhua. Seramai 38 calon bertanding dalam pilihan raya presiden tahun ini termasuk Ranil Wickremesinghe, Sajith Premadasa dari parti pembangkang Samagi Jana Balawega (SJB) dan Anura Kumara Dissanayake dari Kuasa Rakyat Negara (NPP). Lebih 13,000 pusat mengundi dibuka pada 7 pagi waktu tempatan dan akan ditutup pada 4 petang Sabtu.

Seorang calon perlu memperoleh lebih 50 peratus undi untuk memenangi pilihan raya. Jika tiada calon memperoleh majoriti sedemikian, ia boleh membawa kepada pengiraan undi pusingan penentuan, di mana pilihan kedua atau ketiga pengundi dikira sebagai dua calon teratas. Gotabaya Rajapaksa, yang memenangi pilihan raya presiden pada November 2019 meletak jawatan pada Julai 2022 di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara itu. Wickremesinghe dipilih sebagai presiden dalam pilihan raya yang diadakan di parlimen susulan peletakan jawatan Rajapaksa.
1726893091502.png
 
Sri Lanka Mengundi, Pemilihan Penting Sejak Krisis Ekonomi 2022

21.09.2024 - Jutaan rakyat Sri Lanka keluar mengundi pada Sabtu (21 Sep) bagi memilih presiden baharu yang akan menggalas tanggungjawab mengukuhkan pemulihan ekonomi negara Asia Selatan itu selepas krisis kewangan terburuk dalam beberapa dekad. Lebih 17 juta daripada 22 juta penduduk Sri Lanka layak mengundi dalam pilihan raya presiden yang dijangka menjadi pertandingan sengit antara presiden sedia ada, Ranil Wickremesinghe, pemimpin pembangkang utama, Sajith Premadasa dan pencabar berfikiran Marxist, Anura Kumara Dissanayake.

Pengundian bermula jam 7.00 pagi waktu tempatan (0130 GMT) dan berakhir pada jam 4.00 petang (1030 GMT), dengan pengiraan dijadualkan bermula tidak lama selepas itu. Sejak dua tahun Presiden Wickremesinghe memegang jawatan, keadaan
kembali tenang di jalanan selepas pergolakan awam yang dicetuskan oleh kemelesetan pada 2022 menyaksikan ribuan penunjuk perasaan berarak dan menduduki pejabat dan kediaman presiden, memaksa bekas Presiden, Gotabaya Rajapaksa, melarikan diri dan kemudian meletakkan jawatan.

“Kita mesti meneruskan pembaharuan untuk menamatkan keadaan muflis,” kata Encik Wickremesinghe, 75, tahun di perhimpunan terakhirnya di ibu kota Colombo minggu ini. Buat keputusan sama ada anda mahu kembali ke tempoh keganasan, atau kemajuan."

Tetapi tindakan Presiden Wickremesinghe untuk menaikkan cukai dan langkah-langkah lain, mengikut syarat penyelamat IMF bernilai AS$2.9 bilion (S$3.74 bilion), telah menyebabkan berjuta-juta orang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup. Ini adalah pilihan raya pertama sejak ekonomi Sri Lanka merudum pada 2022 akibat kekurangan mata wang asing yang teruk, menyebabkan negara pulau di Lautan Hindi itu tidak mampu membayar kos import barangan keperluan seperti bahan bakar, ubat-ubatan, dan gas memasak. Meskipun ekonomi Sri Lanka mencatatkan pemulihan tentatif tetapi kos sara hidup yang tinggi tetap menjadi isu utama bagi ramai pengundi.

Inflasi menurun kepada 0.5 peratus bulan lalu dan keluaran dalam negara kasar (GDP) dijangka berkembang pada 2024 untuk kali pertama dalam tempoh tiga tahun. Namun, berjuta-juta rakyat masih terperangkap dalam kemiskinan dan hutang, dengan ramai yang meletakkan harapan untuk masa depan yang lebih baik kepada pemimpin seterusnya. Sistem pengundian berperingkat di Sri Lanka membolehkan pengundi memberikan tiga undi pilihan untuk calon pilihan mereka, dengan mana-mana calon yang memperoleh 50 peratus undi atau lebih diisytiharkan sebagai pemenang. Jika tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pusingan pertama, akan ada pusingan kedua pengiraan antara dua calon teratas, dengan undi pilihan baki calon lain diagihkan semula.

SPR akan mengumumkan pemenang secara rasmi, yang dijangka dilakukan pada Ahad. Sesiapa yang memenangi pilihan raya perlu memastikan Sri Lanka kekal dalam program IMF sehingga 2027 untuk memulihkan ekonomi ke arah pertumbuhan yang stabil, meyakinkan pasaran, menarik pelabur, dan membantu 25 peratus daripada 22 juta penduduknya keluar dari kemiskinan akibat krisis.
1726900709600.png
 
Presiden Baharu Sri Lanka Ikrar 'Lakar Semula' Sejarah Negara

23.09.2024 - Sri Lanka akan melantik seorang pemimpin baharu hari ini (23 Sep). Penggubal undang-undang berhaluan kiri Anura Kumara Dissanyake akan mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Sri Lanka, selepas meraih kemenangan dalam pusingan kedua kiraan undi. Beliau menggesa pilihan raya umum diadakan di samping mengundang rakan-rakan senegara supaya "melakar semula sejarah" Sri Lanka.​

1727074096676.png

Encik Dissanyake meraih 42 peratus daripada keseluruhan undi, iaitu hampir 1.3 juta lebih banyak berbanding pesaing terdekatnya iaitu ketua pembangkang Sajith Prema-dasa. Keputusannya dibuat menyusuli pusingan kedua kiraan undi selepas dua calon utama gagal mendapatkan lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/presiden-baharu-sri-lanka-ikrar-lakar-semula-sejarah-negara-879156
 
PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

23.09.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

"Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat," kata Anwar dalam catatan Facebook.

Dissanayake pemimpin People's Liberation Front (JVP) dan perikatan National People's Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo pagi ini, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, mencerminkan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi.​

1727079340351.png
 
Back
Top
Log in Register