BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan Raya Negeri - PRN2022

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
6 Negeri Sedia Bubar DUN Serentak - Aminuddin

07.12.2022 - Kuala Lumpur, Enam negeri yang tidak membubarkan DUN mereka sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri yang serentak. Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, berkata, kesediaan itu disuarakan hasil perbincangan tidak rasmi beliau bersama menteri besar dan ketua menteri dari lima lagi negeri ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini. Selain Negeri Sembilan, katanya lima lagi adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Alhamdulillah, mereka semua (pemimpin negeri) nampak bersetuju dan kita akan bersama membuat keputusan (mengenai pembubaran DUN secara serentak). Namun kesediaan ini hanya membabitkan peringkat menteri besar dan ketua menteri, tetapi kita ada presiden parti, timbalan Presiden dan majlis presiden serta rakan lain juga ada pemimpin utama yang perlu dirujuk. Bagi kami di peringkat awal ini telah memberi kata putus bahawa kita akan bersama (bubar DUN serentak) bagi mengadakan PRN secara bersama. Mesej ini kita akan sampaikan kepada pimpinan tertinggi parti," katanya yang dipetik oleh Berita Harian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Seremban, hari ini.

Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang diterajui oleh Pakatan Harapan, manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu pula diketuai oleh PAS, yang adalah sebahagian daripada gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN). Menurut Aminuddin, mengadakan pilihan raya negeri serentak akan dapat memudahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain juga dapat menjimatkan wang serta memudahkan urusan pengundi untuk pulang ke kampung dan sebagainya. Sebelum ini, Aminuddin membayangkan PRN akan diadakan selepas Aidilfitri iaitu sekitar Jun tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, tarikh sebenar bagi PRN itu belum ditetapkan. "Kalau boleh kita nak selesaikan sekali supaya tumpuan berikutnya dapat diberikan kepada urusan dan tugas pembangunan negeri dan negara," katanya. Aminuddin sebelum ini menyifatkan pilihan raya negeri akan diadakan sekitar Jun tahun depan, selepas sambutan Aidilfitri pada April.
1670496705136.png
 
Last edited:
PN Bincang Saranan PRN Serentak Di 6 Negeri - Tuan Ibrahim

08.12.2022 - Kuala Lumpur, PN akan membincangkan saranan pelbagai pihak agar Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan secara serentak di enam negeri terlibat, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Tertinggi PN untuk dibincangkan secara lebih mendalam.

"Secara peribadi saya sendiri tidak ada masalah sekiranya proses pengundian diadakan serentak di enam buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. Saya sendiri akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan segala keputusan akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih, di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR. Namun, Abdul Ghani berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran bagi DUN negeri terlibat dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.

1670496567376.png

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/647452
 
Berita gempar !! Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan mungkin diadakan Julai atau Ogos nanti menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Amar. Maka berbondong2lah nanti warga perantau Kelantan pakat rempuh jem berbelas2 jam untuk kelik mengundi di Kelantan.
Ingat nak buat awal macam Kedah.
 
Back
Top
Log in Register