BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pikom cadang menteri ICT

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) berharap kerajaan akan mewujudkan jawatan menteri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ketika pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini.

Pikom, sebelum ini telah membuat permohonan dan menghantar kertas kerja mengenai perkara itu sejak enam tahun lalu.

Presidennya, Shaifubahrim Saleh berkata, pada masa ini, tugas dan peranan tiga buah kementerian berkaitan dengan ICT adalah saling bertindih dan ia melambatkan proses kelulusan permohonan lesen perniagaan dan kelancaran pembangunan sektor itu.

Katanya, sekiranya hanya terdapat satu kementerian mengendalikan industri ICT, ia dijangka mempercepatkan pembangunan industri berkenaan.

''Perkara yang membimbangkan sekarang adalah Malaysia mungkin ketinggalan dalam pelaksanaan ICT dalam pelbagai sektor di negara ini berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

''Kami mahu seiring, malah lebih maju ke hadapan berbanding negara-negara maju yang lain,'' katanya selepas menghadiri majlis pengumuman Bulan ICT Negara (NIM) 2011 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis ialah Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dan Pengerusi Pikom, Datuk Wei Chuan Beng.

NIM 2011 berlangsung sepanjang bulan ini.

Pelbagai program akan dijalankan seperti World Cyber Games, Larian Amal Pikom, Persidangan Pemimpin Pikom, Persidangan Pencarian Sumber Pintar 2011, Pesta PC Pikom dan pelbagai lagi.

Selain meminta dilantik seorang menteri, Pikom turut memohon syarikat milik kerajaan (GLC) lebih banyak menggunakan ICT dalam urusan pentadbiran masing-masing.

Malah, Pikom turut berharap kerajaan menyediakan insentif terbaik untuk industri termasuk mengurangkan cukai kepada pemain industri, jelas Shaifubahrim.

''ICT merupakan produk teknologi kegunaan semua rakyat dan ia meningkat setiap tahun,'' ujarnya.
 
kementerian ICT tidak perlu... yang perlu adalah centralise semua urusan berkaitan ICT tu di bawah salah satu daripada 3 kementerian yang sedia ada tu... don't waste tax payers money Encik Shaifubahrim Saleh!! ..hanya kerana nak jaga kepentingan golongan yang tah berapa kerat ni je .. tak tau la kalo encik Shaifubahrim berminat nak jadi menteri ICT yang pertama pulak ..
 
Malaysia adalah negara yg ada bilangan menteri paling banyak di dunia...huahahaha~:mad::mad::mad::mad::mad:
 
Back
Top
Log in Register