BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Piala FA: Ulat tiket dikesan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KOTA BHARU - Tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu ini turut dijual 'ulat tiket' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.

Skuad The Red Warriors bakal bertemu Harimau Selatan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 8.45 malam.

Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ada segelintir individu cuba mengaut keuntungan tinggi apabila menjual tiket pada harga RM60 berbanding harga asal RM40 dan harga itu dijangka meningkat menjelang perlawanan pada Sabtu ini.

Wartawan Bernama yang menyamar sebagai pembeli, mendapati 'ulat tiket' melakukan operasi mereka pada waktu pagi dan difahamkan sehingga malam dengan menjadikan gerai menjual pakaian di sekitar perkarangan stadium sebagai tempat beroperasi.

Seorang penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Min dari Tumpat kesal kerana Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) tidak memantau kegiatan haram itu.

"Ketika tiket dijual semalam, saya antara penyokong yang datang awal beratur untuk mendapatkan tiket. Saya beratur sejak awal pagi bersama beberapa rakan tetapi kecewa kerana tidak sampai 15 minit kaunter dibuka, pengurusan Kafa umumkan tiket habis dijual.

"Hari ini, ketika sedang makan tengah hari di sebuah gerai di perkarangan stadium, saya nampak ada segelintir individu bukan sahaja menjual tiket secara haram malah pada harga tinggi untuk mengaut keuntungan," katanya.

Semalam, kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang menunggu seawal 6 pagi berang apabila tiket diumumkan habis dijual dalam masa 15 minit.

Sementara itu, Presiden Kafa yang digantung Tan Sri Annuar Musa menulis di laman sosial Facebooknya bahawa beliau kesal dengan tindakan persatuan itu yang terus melayan permintaan daripada kelab penyokong yang membeli secara pukal walaupun tarikh tamat untuk tempahan tiket ialah pada 15 Jun lepas.

Anggota parlimen Ketereh itu turut dukacita kerana cadangan beliau supaya sekurang-kurangnya 8,000 tiket disimpan untuk jualan terbuka tidak dipatuhi Kafa. - Bernama
 
mmg dh agak dh
confirm ulat yg beli byk2 ni
 
ulat mcm2 ulat..ulat lagi besar adalah FAM
 
ulat bulu yg amik kesempatan...pernah beli..mmg cekik darah..
 
klo ada ulat gonggok offer rm45 xkan xde org dalam kafa/fam nak tolak kan..kt luar jual la rm60

penjual tiket kesian jd mangsa
 
Back
Top
Log in Register