BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT World Cup Piala Dunia 2026

1000724937.jpg


Argentina and Brazil return to action in the World Cup Qualifiers! ⚽🌎
 
1000730985.jpg


Dalam aksi cemerlang untuk kelayakan Piala Dunia, Norway membelasah Moldova 11-1, mengukuhkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan I.

Bintang utama perlawanan adalah Erling Haaland, yang menjaringkan lima gol dan membuat dua bantuan jaringan.

Pemain gantian, Thelo Aasgaard, juga tampil mengagumkan dengan menyumbat empat gol, melengkapkan kemenangan besar Norway.

Kemenangan ini meletakkan Norway dengan 15 mata daripada lima perlawanan, mendahului Itali dengan kelebihan enam mata.

Hasil ini membuka jalan cerah buat Norway untuk kembali ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.


Long Ball
 
1000732752.jpg


Tahu kan bagaimana kerasnya kelayakan Piala Dunia untuk zon Amerika Selatan.

Pasukan memang nampak tidak banyak tetapi semuanya boleh kata bukan pasukan yang lemah.

Pasukan seperti Bolivia misalnya sebelum ini memang bukan pilihan untuk layak ke peringkat akhir temasya bola sepak terbesar itu.

Kali terakhir mereka mara me Piala Dunia sebelum ini adalah pada tahun 1994.

Namun begitu, kemenangan ke atas Brazil di laman sendiri membolehkan mereka mengetepikan Venezuela untuk mara ke pusingan play-off Piala Dunia.

Di sebalik itu semua, ada satu keputusan yang cukup strategik daripada Bolivia FA dalam memastikan perjalanan itu berjalan dengan baik.

Apa yang mereka buat adalah menukar ‘venue home’ pasukan, dari Estadio Hernando Siles (3,637m di atas paras laut) ke Estadio Municipal El Alto (4,088m) pada akhir September tahun lepas.

Bayangkan, tahap 3,637m itu pun ramai pemain sudah tercungap-cungap, memang setiap kali lepas perlawanan perlu pakai tangki oksigen.

Ini pula sampai 4,088m lagi, meronta-ronta cari nafas atas padang.

Hasilnya, mereka tidak kalah dalam enam perlawanan di laman sendiri, merekodkan empat kemenangan dan dua seri.

Berstamina betul orang Bolivia ni kalau main dekat altitud tinggi.


odfc
 
1000771054.jpg


This is ridiculous!😳💸

Tickets for the 2026 FIFA World Cup are 10 times more expensive than those for 2022! But Qatar's🇶🇦 World Cup budget was US$220 billion, and the 2026 budget is even less!🤐
-
-
-
#worldcup #2026fifaworldcup #football #soccer #footflix #footflix90 #explore #viral #trending #fyp #futbol
 
1000771157.jpg


Algeria kembali layak ke Piala Dunia sejak kali terakhir pada tahun 2014.

Ingat apa yang berlaku selepas Piala Dunia 2014?

Algeria mencuri perhatian dunia setelah mereka membuat keputusan untuk mendermakan wang bonus yang diterima kepada 🍉 selepas kejohanan tersebut.

Jumlah yang dianggarkan adalah $9 juta.

Ini respon kemanusiaan yang sangat luar biasa sebagai tanda solidariti terhadap rakyat 🍉 yang sedang bergelut dengan krisis.

Algeria pada waktu tersebut berjaya mara ke pusingan 16 terakhir sebelum akhirnya tersingkir di tangan Jerman.

Walaupun pencapaian mereka hanya sekadar melepasi peringkat kumpulan, namun tindakan mereka di luar padang jauh lebih berharga.
 
Back
Top
Log in Register