𝐅𝐈𝐅𝐀 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐕𝐄𝐍𝐔𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔
FIFA sebentar tadi telah umumkan venue2 dan stadium bagi perlawanan pembukaan, final dan semua peringkat bagi Piala Dunia 2026.
Perlawanan pembukaan World Cup 2026 akan diadakan di Estadio Azteca di Mexico City pada 11 Jun, 2026. Azteca Stadium mampu memuatkan 88,000 penonton tetapi pernah dipenuhi oleh 120,000 penonton ketika game Mexico vs Brazil pada 1968). Ia menggunakan rumput jenis Kikiyu Grass. Ini kali ketiga Azteca mengadakan perlawanan Piala Dunia selepas WC 1970 dan EC 1986. Ia stadium pertama di dunia yang menjadi venue final Piala Dunia sebanyak dua kali menjadikan Azteca antara stadium paling terkenal di dunia selain Maracana Stadium di Brazil.
Manakala Final World Cup 2026 pula akan diadakan di MetLife Stadium di New Jersey pada 19 Julai, 2026. MetLife stadium boleh muat maximum 93,000 penonton dan menjadi home ground untuk NY Giants @ NY Jets. Ia adalah stadium termahal di US dgn nilai USD1.6 billion. Stadium ini menggunakan rumput Fieldturf Core HD.
Piala Dunia 2026 akan diadakan dengan 104 perlawanan di 16 bandaraya di 3 buah negara (US, Mexico & Canada) dalam tempoh masa 39 hari.
US menyediakan 11 buah stadium untuk World Cup ini manakala Mexico 3 buah di Guadlahara, Mexico City dan Monterrey manakala Canada sediakan 2 buah stadium di Toronto dan Vancouver.
Zack Rahim