BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Philips Malaysia lancar Blipmy.com

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Pengurus Besar Gaya Hidup Pengguna Philips Malaysia, Tony Ong (kiri) bersama Muhammad Ali.


PHILIPSMalaysia membangunkan dan memperkenalkan gedung dalam talian bagi semua produk Philips menerusi Blipmy.com.

Bagi peringkat permulaan, Blipmy.com bakal menjadi pengedar dalam talian rasmi yang pertama bagi Philips di negara ini.

Ia akan menawarkan sekitar 140 barangan paling popular sebelum dikembangkan bagi merangkumi keseluruhan rangkaian produk Philips secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Philips berkata, memasuki pasaran e-dagang adalah masa yang sesuai memandangkan pasaran itu terus menampakkan pertumbuhan baik di Asia Tenggara akhir-akhir ini.

Pengurus Negara Philips Group of Companies, Muhammad Ali Jaleel berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Blipmy.com penentu tanda aras gedung dalam talian yang boleh dipercayai.

Berdasarkan kajian yang dilakukan PayPal bagi pasaran Malaysia sahaja, pasaran e-dagang tumbuh secara eksponen daripada RM3.65 bilion pada 2013 kepada RM4.76 bilion pada 2014.

"Jumlah itu dijangka mencapai RM5.76 bilion menjelang 2015," katanya.
 
takleh bukak pun..

da bole dah.. hehe
 
skarang orang senang, bukak je komputer leh beli barang..
 
Back
Top
Log in Register