BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH tumbang lebih utama, kata Mukhriz

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

PH tumbang lebih utama, kata Mukhriz​

3fb24df4-presiden-pejuang-mukhriz-mahathir-6.jpg

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, berkata ada ahli akar umbi persoal kerjasama PN-BN, namun ia tidak meluas.

Mukhriz, yang juga timbalan pengerusi PN, berkata namun parti mengiktiraf ia formula terbaik untuk menumpaskan PH. “Kami adalah ahli baru PN, dan kami tidak mahu mencetuskan masalah pada peringkat awal kemasukan kami,” katanya.

Beliau berkata, BN menyedari gabungan berkenaan memerlukan ‘sedikit lagi bantuan’ untuk menang PRN Negeri Sembilan walaupun berpeluang cerah membentuk kerajaan.

“Keutamaannya memastikan kerajaan negeri PH ditewaskan – sepenuhnya, jika boleh. Kami mungkin mempunyai pandangan sedikit berbeza, tetapi kita setuju gabungan PN dan BN ini akan membentuk kerajaan baharu, dengan PH tersingkir daripada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Mukhriz berkata, perbincangan mengenai hala tuju jangka panjang kerjasama PN-BN boleh dilakukan selepas pilihan raya 1 Ogos ini, terutama bagi menentukan mesej yang perlu ditekankan di bawah gabungan baharu tersebut.

Pejuang sebagai parti serpihan Bersatu diasaskan bapa Mukhriz, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, di mana Bersatu itu sendiri merupakan serpihan Umno. Mahathir keluar Umno pada 2016, manakala Mukhriz dipecat kerana lantang mengkritik perdana menteri ketika itu, Najib Razak, berhubung skandal 1MDB.

Ditanya sama ada Pejuang menganggap kerjasama dengan BN yang diterajui Umno sebagai satu kompromi prinsip atau keperluan politik, Mukhriz menegaskan, partinya kekal komited dengan idealisme penubuhannya.

“Kami sentiasa menyatakan bahawa Pejuang tetap teguh dengan prinsip. Pada masa sama, orang ramai bercakap dengan kami mengenai pragmatisme politik. Kami cuba memahami apa maksudnya. Adakah itu bermakna kompromi besar terhadap prinsip? Itu akan menjadi masalah bagi kami.

“Kami mempunyai sokongan teras yang kukuh dalam kalangan mereka yang sehaluan, yang percaya apa sahaja kerajaan yang ingin kita bentuk, mestilah sebuah kerajaan berintegriti.

“Gabungan (PN-BN) ini masih di peringkat sangat awal. Belum ada perbincangan mendalam mengenai bagaimana dua pihak akan bekerjasama,” kata Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah.

Mukhriz berkata, Pejuang akan mendapatkan kejelasan lebih lanjut mengenai kerjasama PN-BN serta hala tujunya pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN seterusnya.

Beliau mengakui ada ahli akar umbi Pejuang mempersoalkan aturan sedemikian, namun ia tidak berlaku meluas.

“Ramai dalam kalangan mereka meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu, kemudian daripada Bersatu ke Pejuang. Jadi, ahli yang kita ada sekarang sudah ditapis dua kali. Mereka berpegang pada prinsip dan kami cukup faham perkara itu. Jadi, kami perlu memikirkan perkara ini secara lebih mendalam dan menjelaskan kepada mereka sebaiknya.

“Saya percaya ada juga pengundi di Negeri Sembilan yang ingin mengetahui (hala tuju gabungan PN-BN). Saya berharap dapat mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu tidak lama lagi.”

Selain Pejuang, turut diterima masuk sebagai komponen PN adalah Parti Wawasan Negara (Wawasan), pimpinan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, pada 22 Jun.

BN bertanding di 25 DUN pada PRN Negeri Sembilan, manakala PN bersaing di baki 11 kerusi lain. Pejuang memutuskan tidak bertanding di Negeri Sembilan, selepas kalah di satu-satunya kerusi ditandinginya di Johor, pada PRN 11 Julai.

Sebelum ini, Presiden PAS Hadi Awang menyuarakan harapan agar kerjasama itu kekal bertahan, sambil menambah ia bertujuan untuk ‘menyelamatkan negara’ dan bukannya dibentuk sekadar wayang politik.
 
Back
Top
Log in Register