BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'PH tidak bermuka-muka'

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

'PH tidak bermuka-muka'​

11 Januari 2023 10:06pmMasa membaca: 2 minit

2054083.jpg

Mohamad

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) yang bersikap tidak bermuka-muka menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tersebut membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan mengurus perbezaan.

“Persoalan seterusnya ialah kerjasama dengan DAP. Di sebalik pendirian UMNO sebelum ini, pendirian politik mestilah diasaskan kepada realiti politik. Ia mesti disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa.
“Kita memang kenal pendirian mereka. Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura.
“Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara,” katanya semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu.

Tambah beliau, sekiranya UMNO berpendirian untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN), parti itu hanya akan menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan demografi yang sama.

Jelasnya, ia hanya akan menyukarkan UMNO mengurus segala perbezaan di masa akan datang.
“Yang pasti, pilihan kita untuk bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan), telah menjadikan UMNO parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan.

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat UMNO lakukan jika menyertai kerajaan pimpinan PN kerana UMNO berada dalam kedudukan ketiga sebagai kuasa politik Melayu dalam perikatan sedemikian,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak sama sekali menyertai PH.

“Ini mesti jelas dan difahami. Pada masa ini, UMNO adalah rakan sekutu, dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH,” katanya.
 
8329754fedadb97b4e50cd59ecb6de4f.jpg

'Berpuluh tahun Umno tentang DAP, sokongan Melayu tetap merosot'

Diterbitkan: Jan 11, 2023 10:00 PM

Dikemaskini: 10:31 PM

Sokongan orang Melayu terhadap Umno tetap merosot meskipun berpuluh tahun parti itu bertentangan dengan DAP, kata Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden Umno itu menegaskan kerjasama parti itu dengan DAP dan sekali gus PH adalah bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Pada masa sama, katanya, Umno kekal bersama BN dan bukannya menyertai PH

Berucap bagi merasmikan persidangan tahunan sayap-sayap Umno di Kuala Lumpur malam ini, Mohamad berkata mereka memang tahu siapa DAP, PKR dan Amanah yang menjadi komponen PH.

Dalam keadaan begitulah, kata menteri pertahanan berkenaan, Umno membuat keputusan bekerjasama untuk membentuk kerajaan bersama PH berdasarkan penelitian yang paling sesuai.

Ia juga, kata Mohamad, membolehkan Umno menguruskan perbezaan.

"Biar saya tegaskan di sini juga, bahawa selama berpuluh tahun, kita bertentangan dengan DAP. Semua orang tahu itu.

"Tetapi, adakah dengan pendirian sedemikian orang Melayu berduyun-duyun mendukung kita? Dan menjadikan kita semakin kuat dan semakin berpengaruh dengan pendirian sedemikian?

"Keputusan beberapa pilihan raya umum lepas, jelas menampakkan bahawa, disebalik cemuhan kita kepada DAP, sokongan Melayu tidak meningkat, malah merosot," katanya.

2e3b7bc5ede7ada5739a1b2b49420207.jpg

Mohamad berkata pilihan itu adalah lebih baik berbanding bekerjasama dengan PN yang dianggotai parti bertujuan untuk membunuh Umno.

Katanya Mohamad lagi, faktor yang mendorong orang Melayu menyokong atau menolak Umno ternyata bukanlah pendirian parti itu terhadap DAP selama ini.

"Sebaliknya ia bergantung kepada kemampuan kita meyakinkan orang Melayu bahawa kepentingan bangsa dapat diperjuangkan dengan lebih baik dengan Umno. Termasuklah (dengan cara) kerajaan yang kita pimpin itu bebas rasuah dan tiada penyalahgunaaan kuasa.

"Yang menjadi kayu ukur sokongan Melayu (kepada Umno) ialah integriti, tadbir urus, kompetensi dan prestasi kita, bukan kerana semata-mata kita menentang ideologi parti itu dan parti ini," katanya lagi.

62de833f0559fcbaaafea1ae037953a5.jpg

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu lagi, sokongan masyarakat bukan Melayu merosot dengan amat drastik semenjak beberapa pilihan raya umum lalu.

Sehingga dalam keadaan tertentu, kata Mohamad, Umno tewas kerana tidak mampu mendapat walau lima peratus sokongan daripada mereka.

"Telah lama kita abaikan undi golongan bukan Melayu ini," tambahnya.
 
UMNO pilih DAP kerana tak bermuka-muka, pura-pura dalam setia kawan​

Januari 11, 2023 @ 10:03pm

KUALA LUMPUR: UMNO bekerjasama dengan DAP pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak bermuka-muka dan berpura-pura dalam setia kawan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata jika parti itu bersama dengan Perikatan Nasional (PN), UMNO hanya menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan penduduk yang sama.

"Kita memang kenal pendirian mereka (DAP). Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setia kawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura.

"Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu PKR dan AMANAH. Maka kita membuat keputusan, berdasarkan pilihan paling sesuai, untuk membolehkan kita mengurus perbezaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jika UMNO bersama PN, ia hanya akan menyukarkan parti itu menguruskan segala perbezaan pada masa akan datang.

Jelasnya, pilihan untuk bekerjasama dengan PH menjadikan UMNO parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan.

"Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat UMNO lakukan jika menyertai kerajaan pimpinan PN kerana UMNO berada dalam kedudukan ketiga sebagai kuasa politik Melayu dalam perikatan sedemikian.

"Lalu bagaimana semua ini akan menguntungkan UMNO dalam jangka masa panjang? Biar saya jelaskan dengan tegas sekali lagi di sini. Kita tidak menyertai PH, kita selamanya BN," katanya.

Katanya, BN membentuk Kerajaan Perpaduan dan bekerjasama mengurus negara bersama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sarawak (GRS).

Tegas Ahli Parlimen Rembau itu, UMNO pada ketika ini adalah rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH.

"Biar saya tegaskan di sini juga bahawa selama berpuluh tahun kita bertentangan dengan DAP. Semua orang tahu itu, tetapi adakah dengan pendirian sedemikian, orang Melayu berduyun-duyun mendukung kita.

"Dan menjadikan kita semakin kuat, semakin berpengaruh dengan pendirian sedemikian?" soalnya menambah, keputusan beberapa pilihan raya umum lalu jelas menampakkan bahawa di sebalik cemuhan kepada DAP, sokongan Melayu tidak meningkat, malah merosot.

"Ini kerana faktor yang mendorong orang Melayu menyokong atau menolak kita ternyata bukanlah pendirian kita terhadap DAP.

"Sebaliknya ia bergantung kepada kemampuan kita meyakinkan orang Melayu bahawa kepentingan bangsa dapat diperjuangkan dengan lebih baik dengan UMNO, termasuklah kerajaan yang kita pimpin itu, bebas rasuah dan tiada penyalahgunaaan kuasa," katanya.

Mohamad berucap merasmikan Persidangan Sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Ampa dh lama rancang kami ja lalai hehehe....
 
'PH tidak bermuka-muka'​

11 Januari 2023 10:06pmMasa membaca: 2 minit

2054083.jpg

Mohamad

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) yang bersikap tidak bermuka-muka menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tersebut membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan mengurus perbezaan.

“Persoalan seterusnya ialah kerjasama dengan DAP. Di sebalik pendirian UMNO sebelum ini, pendirian politik mestilah diasaskan kepada realiti politik. Ia mesti disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa.

“Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara,” katanya semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu.

Tambah beliau, sekiranya UMNO berpendirian untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN), parti itu hanya akan menjadi pemain ketiga yang berkongsi kepentingan demografi yang sama.

Jelasnya, ia hanya akan menyukarkan UMNO mengurus segala perbezaan di masa akan datang.
“Yang pasti, pilihan kita untuk bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan), telah menjadikan UMNO parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan.

“Ini adalah sesuatu yang tidak akan dapat UMNO lakukan jika menyertai kerajaan pimpinan PN kerana UMNO berada dalam kedudukan ketiga sebagai kuasa politik Melayu dalam perikatan sedemikian,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak sama sekali menyertai PH.

“Ini mesti jelas dan difahami. Pada masa ini, UMNO adalah rakan sekutu, dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH,” katanya.

Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang

Baca boleh
Percaya tu terpulang
 
Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang

Baca boleh
Percaya tu terpulang
Politik kan dinamik, prinsip semua tauk buang, kembali kt 3 ta tu bang hehehe
 
Back
Top
Log in Register