BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH Teguh Dukung Agenda Perangi Rasuah, Salah Guna Kuasa

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

PH Teguh Dukung Agenda Perangi Rasuah, Salah Guna Kuasa​

3fe277c2ff4af1f388cb1245fc25eac26360ec37dd1c8


Pakatan Harapan (PH) memberi sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa.

Majlis Setiausaha PH memaklumkan gabungan itu turut menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini supaya setiap kes harus disiasat dengan menyeluruh tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Sebagai sebuah gabungan politik, PH sejak awal membawa perjuangan reformasi institusi, tatakelola yang baik dan penolakan terhadap rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH, pakatan itu juga berpendirian bahawa mana-mana individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa terutama melibatkan kes-kes berprofil tinggi perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman ditetapkan mahkamah.

“Prinsip kedaulatan undang-undang juga menuntut supaya proses kehakiman yang sedang berjalan pula diberikan ruang untuk diselesaikan secara teratur dan bebas tanpa menimbulkan sebarang persepsi bahawa proses tersebut telah didahului pertimbangan lain,” menurut kenyataan itu.

Menurut Majlis Setiausaha PH, adalah penting buat Malaysia yang berada dalam fasa pemulihan untuk memperkukuh tatakelola dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Justeru, sebarang keputusan dalam kes-kes berprofil tinggi perlu mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap kesungguhan negara melaksanakan agenda tersebut.

“Beberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini turut telah memberikan kesan yang besar terhadap nama dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara telah berusaha keras untuk membina semula keyakinan terhadap institusi, tatakelola serta keupayaan Malaysia menangani rasuah dan salah guna kuasa. Momentum pemulihan ini perlu terus dipelihara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register