BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PH Plus Lebih Kepada Persefahaman Pilihan Raya - Amirudin

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,810
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,810
Reaction score
98
Points
80

PH Plus Lebih Kepada Persefahaman Pilihan Raya - Amirudin​

6dfc7b2dd212ed23e1a62cb4f6b785936ab0cdb243d62

Kredit: FB - Amirudin Shari

Pakatan Harapan (PH) melihat kerjasama "PH Plus" bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lebih sesuai dilaksanakan sebagai persefahaman pilihan raya berbanding pembentukan gabungan politik baharu, mengambil kira tempoh persiapan yang semakin singkat.

Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari berkata tempoh yang ada ketika ini agak pendek untuk membentuk satu gabungan baharu, namun persefahaman bagi tujuan pilihan raya masih boleh dilakukan.

“Saya rasa bukan gabungan lagi, tetapi mungkin persefahaman politik, lebih menjurus kepada persefahaman pilihan raya.

“Pada waktu yang singkat ini, untuk membina satu gabungan (masanya) terlalu pendek … tetapi, kalau menjadi persefahaman pilihan raya, masih boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera PKR Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, di sini malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin serta Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka Adam Adli Abdul Halim.

Menteri Besar Selangor itu berkata perbincangan tentang perkara berkenaan masih berada pada peringkat negeri dan beliau perlu mendapatkan butiran lanjut berhubung hasil rundingan sebelum perkara itu dibawa untuk rujukan pimpinan PH peringkat pusat.

Beliau berkata sekiranya hasil perbincangan itu sepadan dengan keperluan serta memenuhi keperluan semasa, PH akan meneliti pelaksanaan bentuk kerjasama tersebut.

Dalam pada itu, PH juga mahu Barisan Nasional (BN) menjelaskan pendirian berhubung kemungkinan bekerjasama susulan tiada perkembangan tentang pertemuan antara kedua-dua pihak, setakat ini.

Amirudin berkata PH tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya BN tidak berminat, namun meminta pendirian itu dimaklumkan supaya PH dapat merangka persiapan bagi menghadapi PRN Melaka yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

 
Back
Top
Log in Register