BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas 60,000 Batang Rokok Seludup, Tahan Pemandu Vellfire

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,138
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,138
Reaction score
346
Points
141

PGA Rampas 60,000 Batang Rokok Seludup, Tahan Pemandu Vellfire​

8e3086c2313352c775525cb22074039f6a788a1965bf9

SAC Ahmad Radzi Hussain. fb Briged Tenggara PGA

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 60,000 batang rokok putih disyaki tidak bercukai bernilai RM112,200 selepas menahan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire di tepi jalan Jambatan Pasir Tumboh, di sini awal pagi tadi.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata dalam operasi pada 1.30 pagi itu, anggota Batalion 7 PGA yang menjalankan Ops Taring Wawasan Kelantan mengesan kenderaan berkenaan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap pemandu itu tidak menemukan sebarang barang salah, namun pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan berkenaan menemukan rokok putih yang disyaki rokok seludup.

“Pemandu berusia 37 tahun yang positif dadah itu juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata turut dirampas sebuah Toyota Vellfire berwarna hitam bernilai RM95,000, dua telefon bimbit bernilai RM3,000 dan wang tunai RM250.

Ahmad Radzi berkata hasil siasatan mendapati suspek mendakwa bekerja sebagai pemandu sepenuh masa sejak tiga tahun lalu dan menerima bayaran RM200 bagi setiap penghantaran.

 
Back
Top
Log in Register