BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petugas media maut digilis kereta api

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Seorang petugas media maut digilis kereta api di Stesen Batu Kantomen, Sentul dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.13 pagi itu, mangsa, K. Anamalay, 67, maut apabila mayatnya ditemui terbelah dua akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki itu secara tiba-tiba melompat sebelum meniarap di atas rel landasan di platform dua stesen berkenaan.

“Saksi memberitahu mangsa bertindak sedemikian apabila tren jenis komuter yang dalam perjalanan dari Batu Caves ke Sentul sedang menghampiri kira-kira 15 meter daripada stesen itu.

“Walaupun pemandu tren telah membunyikan hon tetapi lelaki itu tidak berganjak menyebabkan dia dilanggar. Selepas tren itu berhenti mayat mangsa yang berpakaian lengkap telah terputus dua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada lelaki itu bertindak membunuh diri atau sebaliknya.

“Kami masih menyiasat kejadian itu. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. -Bernama
 
Back
Top
Log in Register