BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petua Mengurut Bayi Anda

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
# Jangan mengurut ketika bayi lapar atau lampinnya basah. Jangan sesekali ketika dia demam atau mempunyai luka dan penyakit kulit yang tidak boleh disentuh.
# Bayi tidak suka sentuhan yang terlampau lembut kerana mereka akan berasa seperti digeletek. Untuk mengurut dengan berkesan, tekankan sedikit jari anda ke bahagian yang diurut.
# Ingatlah mengurut bayi adalah untuk menggembirakan dan memberi keselesaan untuk anda dan bayi anda.
# Bayi anda akan terhibur apabila dia nampak ceria, mengangkat-angkat kepala memandang ke mata anda, bercakap-cakap, tersenyum dan ketawa.
# Berhentilah mengurut jika anda sudah penat atau bayi kelihatan bosan seperti menguap, menghisap mulut atau jarinya (kerana lapar), merengek, meronta-ronta, menangis dan memandang ke arah lain atau menarik tangan dan kakinya seperti hendak lari ke tempat lain.
# Cari tempat yang selesa, tidak terlampau panas atau sejuk.
# Tidak ada had masa. Anda boleh mengurut bayi anda selama mana yang dia suka.
# Cari masa yang sesuai - jangan mengurut selepas anak anda makan.
# Pandanglah matanya sewaktu mengurut.
# Berbualah dengan bayi anda ketika mengurut
# Anda boleh mengurut mengikut cita rasa dan keinginan anda sendiri seperti mengurut kakinya dahulu dan bawah ke atas.
 
Back
Top
Log in Register