BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petua Khusyuk Solat

alsar

Active+ Member
Messages
2,707
Joined
Aug 18, 2009
Messages
2,707
Reaction score
228
Points
38
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

  1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
  3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
  4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
  5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
  6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
  7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
  8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
  9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
  10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
  11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
  12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
  13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
  14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
  15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

........................................................................................................................................................................................................................................................
Martabat Solat

Mengikut ulama' ada lima martabat orang mengerjakan solat;

Golongan Pertama:
Orang yang menzalimi diri, iaitu orang meniu dalam solatnya, iaitu tidak menyempurnakan wudhuknya, tidak menjaga waktu-waktunya, batas-batanya dan rukun-rukunnya.
Golongan pertama ini diseksa


Golongan Kedua:
Orang yang menjaga dan memelihara waktu-waktunya, batas-batasnya, rukunnya yang zahir, menjaga wudhuknya, tetapi tidak melawan nafsunya. Ia solat sambil menuruti was-was dan aneka rupa fikiran yang mencederakan solatnya.
Golongan kedua ini dibuat perkiraan


Golongan Ketiga:
Orang yang memelihara segala batasan-batasanya dan rukun-rukunnya, serta sedaya upaya menolak lintasan-lintasan hati dan terus menerus melawan musuh supaya tidak mencederakan solatnya. Dia solat dan berjihad.
Golongan ketiga ini dimaafkan


Golongan Keempat:
Orang yang apabila berdiri untuk solatnya, ia menyempurnakan segala hak solat, rukunnya, batas-batasnya dan seluruh hatinya digunakan menjaga solat dan haknya supaya tidak hilang sedikit pun dari solatnya. Seluruh himmah (kesungguhannya) digunakan untuk mendirikan solat dan pengabdiannya kepada Allah.
Golongan keempat ini diberi pahala


Golongan Kelima:
Orang yang mendirikan solat seperti golongan yang keempat, bezanya ia dapat memerintahkan hatinya dan meletakkan di hadapan Allah. Ia dapat memandang Allah dengan hatinya. Hatinya penuh dengan rasa cinta dengan kebesaran Allah. Ia berdiri seolah-olah melihat Allah. Lintasan-lintasan hati tiada padanya. Hijab tersingkap dengan Tuhannya.
Golongan kelima ini mendapat taqarrub kepada Allah. Golongan kelima ini lebih utama dari apa yang ada dilangit dan dibumi
 
Last edited:
Jawapan paling senang nak khusuk solat adalah ... kita kena tau mana arah wajah kita hadapkan ketika solat dan kiblat solat kita. Insya Allah khusuk
 
tq info..

pakaian mesti dr sumber yang halal..

zaman sekarang ni payah tul..

debu riba sana sini..
 
ape maksud khusyuk tue? :)

p/s: aku tak kata aku khusyuk ye.. dan tak pula mengata sape2 tak khusyuk..
 
ape maksud khusyuk tue? :)

p/s: aku tak kata aku khusyuk ye.. dan tak pula mengata sape2 tak khusyuk..

aku pun nak tau.. mungkin sedare boleh terangkan.. nampak mcm soalan utk menguji.. :p:">
 
Last edited:
aku pun nak tau.. mungkin sedare boleh terangkan.. nampak mcm soalan utk menguji.. :p:">

hehe...sedare mane boss?saya ke yang kene terangkan...sebenarnya martabat solat ni ade lima...mengikut kitab yang saya g ngaji la...(kalau salah tolong betolkan)..kalau yang paling 1st kelas...rasanya kita sebagai manusia biasa di akhir zaman ni susah dah nak carik khusyuk camni...tapi kita kenalah sentiasa tingkatkan lagi kualiti solat kita sampai dapat tahap yang macam ni:)>>>


Orang yang apabila berdiri untuk solatnya, ia menyempurnakan segala hak solat, rukunnya, batas-batasnya dan seluruh hatinya digunakan menjaga solat dan haknya supaya tidak hilang sedikit pun dari solatnya. Seluruh himmah (kesungguhannya) digunakan untuk mendirikan solat dan pengabdiannya kepada Allah. Orang ini juga dapat memerintahkan hatinya dan meletakkan di hadapan Allah. Ia dapat memandang Allah dengan hatinya. Hatinya penuh dengan rasa cinta dengan kebesaran Allah. Ia berdiri seolah-olah melihat Allah. Lintasan-lintasan hati tiada padanya. Hijab tersingkap dengan Tuhannya. Golongan ini mendapat taqarrub kepada Allah. Golongan ini lebih utama dari apa yang ada dilangit dan dibumi.
 
hehe...sedare mane boss?saya ke yang kene terangkan...sebenarnya martabat solat ni ade lima...mengikut kitab yang saya g ngaji la...(kalau salah tolong betolkan)..kalau yang paling 1st kelas...rasanya kita sebagai manusia biasa di akhir zaman ni susah dah nak carik khusyuk camni...tapi kita kenalah sentiasa tingkatkan lagi kualiti solat kita sampai dapat tahap yang macam ni:)>>>


Orang yang apabila berdiri untuk solatnya, ia menyempurnakan segala hak solat, rukunnya, batas-batasnya dan seluruh hatinya digunakan menjaga solat dan haknya supaya tidak hilang sedikit pun dari solatnya. Seluruh himmah (kesungguhannya) digunakan untuk mendirikan solat dan pengabdiannya kepada Allah. Orang ini juga dapat memerintahkan hatinya dan meletakkan di hadapan Allah. Ia dapat memandang Allah dengan hatinya. Hatinya penuh dengan rasa cinta dengan kebesaran Allah. Ia berdiri seolah-olah melihat Allah. Lintasan-lintasan hati tiada padanya. Hijab tersingkap dengan Tuhannya. Golongan ini mendapat taqarrub kepada Allah. Golongan ini lebih utama dari apa yang ada dilangit dan dibumi.

hati ni susah nak buat,bila solat je mcm2 benda datang dlm fikiran ingat itu..ingat ini memang susah nak hilangkan,kalau hilang pun sekejap dtg pula benda yg merapu.
 
Back
Top
Log in Register