balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Dari kiri: Kong Boon bersama Ketua Jabatan Pengalaman Pelanggan, Bahagian Perniagaan Runcit Petronas, Raja Mazhar Mohar Raja Tun Mohar dan Ketua Kad Malaysia, Maybank Berhad, Victor Kaw menunjukkan kad Visa payWave yang boleh digunakan di cawangan Petronas terpilih.
< 1 / 1 >
PETRONAS, rangkaian stesen minyak terbesar di Malaysia menawarkan kemudahan pembayaran tanpa sentuh dengan memperkenalkan Visa payWave di tujuh cawangannya bulan ini.
Terminal Visa payWave disediakan di Kedai Mesra di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) Damansara, Jalan Kolam Ayer, Solaris Putra, Solaris Serdang, Putrajaya Presint 16, USJ 20 dan KLCC.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcitnya, Shaharuddin Muhammad Sidek berkata, syarikat itu sentiasa mencari alternatif baharu dalam menawarkan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya.
“Kami sedang menerokai perkembangan rangkaian sistem pembayaran tanpa sentuh kepada lebih stesen Petronas pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pedagang-pedagang bagi meningkatkan penerimaan kad Visa payWave.
“Teknologi tanpa sentuh Visa payWave dapat menjadikan urus niaga seharian lebih cepat dan mudah, serta terjamin keselamatannya seperti mana dengan kad cip Visa,” katanya.
Visa payWave adalah teknologi pembayaran tanpa sentuh Visa membolehkan pemegang kad buat pembayaran secara pantas dan selamat dengan melayangkan kad mereka pada pembaca tanpa sentuh.