BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Peti Masuk Penuh Sangat? Sembang Dengan Gemini Pada Gmail Di Android Untuk Cari Emel

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Siapa sini masih menggunakan aplikasi emel percuma seperti Gmail? Saya terpaksa beralih ke Spark kerana inginkan emel-emel saya tersusun dan mudah dicari. Walaupun saya tidak melanggan, versi percuma sudah cukup hebat dan sesuai untuk kerja saya. Terbaru, Google cuba meracun saya untuk kembali menggunakan Gmail kerana di Android – aplikasi emel ini telah diintegrasikan dengan Gemini.

Gemini-dalam-Gmail-Berbayar-scaled.webp


Dengan Gemini sedia terbina pada Gmail di Android, anda tidak perlu risau jika peti masuk anda penuh dan serabut. Anda hanya perlu bersembang dengan Gemini untuk mencari emel tertentu, selain turut boleh meminta chatbot AI ini merumuskan emel yang anda terima jika ia mempunyai bebenang yang panjang berjela. Nama lain bagi ciri ini adalah Gmail Q&A dan ia bukanlah ciri percuma kerana anda memerlukan langganan Google One AI Premium. Buat masa ini ia terhad kepada pengguna Android sahaja dan akan diberikan kepada iOS dalam kemas kini akan datang.

Sumber asal https://workspaceupdates.googleblog.com/2024/08/gmail-q-new-way-of-searching-your-inbox.html
 
Back
Top
Log in Register