BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petanda nak 'pergi'

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
JENAZAH Allahyarham Komander Mohamad Nizam tiba untuk disemadikan di kampung halaman di Melaka.


Kota Kinabalu: Gurauan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengakui rindu kampung halaman ketika membalas komen rakan di laman sosial Facebook beberapa hari lalu umpama 'petanda' apabila disahkan meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat sakit jantung.

Allahyarham Komander Mohamad Nizam Mohamad Said, 40, adalah Pegawai Memerintah Skuadron 601 TLDM Kota Kinabalu.

Mohamad Nizam atau lebih mesra dipanggil Bear yang juga adalah juruterbang helikopter TLDM pada 1 November lalu memuat naik sekeping gambar beliau berlatarbelakangkan pemandangan sebuah gunung sebelum salah seorang rakan di media sosialnya meninggalkan komen pada gambar terbabit dengan nada gurauan.

TANGKAP layar ruangan komen selepas sebuah foto yang dikemaskini oleh Allahyarham Mohamad Nizam berapa hari sebelum meninggal dunia pada 3 November lalu. FOTO MOHD ADAM ARININ


Allahyarham membalas semula komen berkenaan dengan nada sama sambil menyatakan gambar terbabit sengaja dimuat naik bagi melepaskan kerinduan terhadap kampung halaman.

"Banyak betul dia update ni.

"Hahaha...saja tukar angin sikit ala-ala rindu kampung gitu," katanya ringkas.

Terdahulu, Allahyarham Komander Mohamad Nizam dipercayai pengsan ketika mendengar taklimat kira-kira jam 8.35 pagi pada 3 November.

Beliau dipercayai cuba dikejutkan namun tiada sebarang tindak balas sebelum dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu (HATWKK).

Bagaimanapun, kakitangan perubatan HATWKK yang bertugas memaklumkan Mohamad Nizam sudah meninggal dunia sekitar jam 9.50 pagi pada hari sama.

ISTERI dan anak Allahyarham mengiringi jenazah.


Sementara itu, jenazah Komander Mohamad Nizam diterbangkan ke kampung halaman di Melaka, semalam menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M pada jam 3 petang.

Turut mengiringi jenazah adalah isteri, Nor Hashimah Abu Hashim bersama empat anak.

Dalam pada itu, turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah dan beberapa pegawai tertinggi TLDM Kota Kinabalu.


== hmetro
 
Back
Top
Log in Register