BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesta Bunga Api Di Putrajaya

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA LUMPUR Julai 5, 2011 : Langit sekitar Putrajaya bakal dihiasi dengan percikan bunga api selama sembilan hari bermula Sabtu ini.

Pesta bunga api tersebut merupakan sebahagian daripada Malam Pesta Flora Pelancongan Antrabangsa 2011.

Sebanyak 50 bot berhias akan belayar sejauh tiga kilometer sekitar Tasik Putrajaya.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata kementeriannya akan menganjurkan program tersebut dengan tema ‘Magis di Malam Hari’ dan kira-kira 700,000 pelancong dijangka hadir pada pesta tersebut.

Pesta tersebut akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, dari 9 hingga 17 Julai ini.

“Acara ini bakal melengkapkan Pesta Flora di Putrajaya yang akan diadakan pada siang hari.

“Kita akan menampilkan kereta berhias yang ditaja oleh syarikat dan negara luar seperti Brunei dan Kemboja,” katanya pada sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia di sini, Isnin.

Dr Ng turut menggesa orang ramai tidak menyertai perhimpunan haram yang dijadual berlangsung pada hari yang sama.

“Bawa tikar dan keluarga, nikmatilah keindahan waktu malam dengan berkelah di tasik Putrajaya dengan dihiasi panaroma yang cantik,” katanya.
 
jgn lupa, "TIDAK DIBENARKAN BERBAJU KUNING SAMA SEKALI"...HAHAHAHA

best gak layan bunga api ni. tapi sendiri mau ingat la, mesti susah nk cari parking. :D
 
jgn lupa, "TIDAK DIBENARKAN BERBAJU KUNING SAMA SEKALI"...HAHAHAHA

best gak layan bunga api ni. tapi sendiri mau ingat la, mesti susah nk cari parking. :D

bunga api kuning leh lak..:D
 
bestnye....

jom weehhh kite piknik..
 
dlm keadaan ekonomi yg meruncing, knp perlu diadakan acara mcm ni, kan membazir... x paham tol aku
 
diamlah.
pergi duduk dalam cocoon.

buat rumah cantik2 buat apa? bakar duit! membazir!
 
kejap kata x de pelancong datang kejap kata ada pelancong datang...kahkahkah
 
Back
Top
Log in Register