BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

peserta bersih 2.0

Kalau tak support pengerusi bersih tak mengapa..Tapi kita boleh support tuntutan bersih demi negara malaysia tercinta..

P/S: Lagi bagus kalau perhimpunan BERSIH diadakan di setiap negeri2...ini baru betul2 punya perhimpunan gergasi..
 
Last edited:
terbaik....!knp la tkt sgt dgn perhimpunan aman rakyat?bkn rakyat nk mogok jlnn ke ape ke...hishh...trukk tol negara yg konon demokrasi ni..ptuihhh!!
 
Pada 9 Julai ini , walau apapun kecaman , kritikan dan ugutan , nampaknya Rakyat tidak boleh lagi bersabar untuk turun beramai-ramai untuk meraikan demonstrasi Bersih2.0 , natijahnya hanya satu, setelah dialog , memorandum dan perbahasan melalui parlimen tampaknya gagal maka rakyat memilih untuk berdemonstrasi menyatakan bantahan secara AMAN dan TERBUKA kepada Kerajaan Malaysia sebagai isyarat terakhir usaha -usaha mereka yang mahukan satu sistem pilihanraya yang bersih!
Hak Untuk Berhimpun

PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;
(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu
 
Bom tangan serpihan
Bom tangan serpihan adalah peranti ( antipersonnel ) yang direka untuk memuntahkan serpihan ke seluruh arah. Badannya diperbuat daripada plastik keras atau besi, dan flechettes atau wayar terpotong dibekalkan sebagai serpihan ( antipersonnel ). Juga isi kandungan mempunyai bebola logam bagi menembusi sasaran. Apabila perkataan bom tangan digunakan tanpa sebarang penerangan, dan konteks tidak menunjukkan sebaliknya, ia biasanya merujuk kepada bom tangan jenis ini.) Maklumat lanjut mengenai bom tangan "serpihan" di atas.


Bom asap
Bom asap merupakan jenis bom tangan bentuk tin yang digunakan sebagai peranti isyarat darat ke darat atau darat ke udara, peranti penanda zon sasaran atau pendaratan, atau peranti tabir bagi pergerakan tentera. Bekas bom asap biasanya terdiri daripada silinder kepingan logam dengan liang bukaan di bahagian atas dan bawah bagi membebaskan asap apabila diaktifkan. Pengisinya biasanya terdiri daripada 250 hingga 350 gram campuran asap pewarna (merah, hijau, kuning, atau ungu) (kebanyakannya kalium klorat, laktosa dan pewarna). Jenis bom tangan asap lain, adalah jenis meletup. Ia mengandungi phosphorus putih (WP), yang disebarkan melalui letupan. Phosphorus terbakar apabila terdedah kepada udara, dan terbakar dengan api kuning terang, sambil menghasilkan asap putih yang banyak (phosphorus pentoxide). Ia juga berfungsi sebagai bom pembakar ( incendiary grenades (q.v.) ).

Kawalan rusuhan
Bom gas CS
Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai. Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan gas CS). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile). Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu. Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan lepuh pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh barah paru-paru). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.

Organisasi
Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup 'A', 'B' dan 'C'). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu, pencatat buku harian, jurugambar, penterjemah, penembak tepat, pengendali semboyan dan mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.
Selain itu pasukan ini juga menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bg membantu ketua polis daerah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.Di samping itu FRU telah menunjukkan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mengarak Panji-Panji DiRaja ketika menjalankan tugas kawalan kehormatan.

Penugasan
Beberapa Terup PSP sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Jabatan KDN/KA hendaklah dikekalkan sebagai Simpanan KPN.Mereka tidak boleh ditugaskan kecuali dengan arahan atau dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Jabatan KDN/KA.

Ibupejabat
FRU No 1 - Kuala Lumpur
Setiap Unit FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh Malaysia:-

FRU No 4 - Kuala Lumpur
FRU No 2 - Johor Bahru, Johor
FRU No 3 - Pulau Pinang
FRU No 5 - Ipoh, Perak
FRU No 6 - Kuala Terengganu, Terengganu
FRU No 7 - Seremban, Negeri Sembilan
Terup Wanita - Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Unit Berkuda - Kuala Lumpur
Sekolah Latihan FRU - Ipoh, Perak
 
di ulangi,sape yg xcukup benci dgn kerajaan bn/umno...sila jgn turun padang!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Politik malaysia ni memang dah cukup kotor...
 
Konsep BERSIH pun spt namanya dilaksanakan dgn keadaan aman
Malah propaganda merosakkan aktiviti perniagaan & menggugat industri pelancongan hanyalah dakyah utk mengekang usaha rakyat menuntut hak. Rakyat sudah x mahu dibelenggu dan terus dihukum akibat penyelewengan pemimpin Be eNd
 
Konsep BERSIH pun spt namanya dilaksanakan dgn keadaan aman
Malah propaganda merosakkan aktiviti perniagaan & menggugat industri pelancongan hanyalah dakyah utk mengekang usaha rakyat menuntut hak. Rakyat sudah x mahu dibelenggu dan terus dihukum akibat penyelewengan pemimpin Be eNd

jom turun...ehehe..ini bukan promosi...ajak2 ayam je...:))
 
aku buat2 shopping kat sogo hari tu .. heheheh..
 
Back
Top
Log in Register