zammmm
Super Active Member
- Messages
- 8,242
- Joined
- Oct 10, 2010
- Messages
- 8,242
- Reaction score
- 415
- Points
- 86
salam... jom layan iklan ...
http://www.youtube.com/watch?v=Hp8K3sWQD_E&feature=related
baru balik meeting...kami dapat maklumat 5000++ polis bantuan/simpanan dan FRU telah dikerahkan untuk menyertai bersih 2.0 dgn berpakaian org awam... mereka ini akan tunggu masa je utk grab sape2 didepan mata mereka ikut sempat.so minta jgn bawa kanak2 dan wanita..minta tlg sgt2... beberapa ribu sukarelawan juga telah bersetuju(terlatih)utk jd shield/perisai sekiranya berlaku apa2 kejadian yg tidak diingini...so kita bukan move sesuka hati... anything happen kita ada backup!!!
http://www.youtube.com/watch?v=j0nFTaaVdOg
dari maklumat risikan dari setiap negeri,kita target 1juta peserta akan turun tidak termasuk sukarelawan2...nak lihat gelombang rakyat malaysia??? ini bukan tentang sesiapa,ini tentang hak kita sebagai rakyat...tolong jgn bawa sebarang senjata,kita adalah perisai antara 1 sama lain...
http://www.youtube.com/watch?v=3BcVg3Sapjk&feature=related
siapa yg masih boleh tahan dgn kerajaan barisan nasional sekarang,sila jgn turun padang
http://www.youtube.com/watch?v=xLPr3Y0BXq4&feature=related
nak tokok tambah silakan...mmg ptt umno/barisan nasional takut dgn bersih 2.0 ni...
http://www.youtube.com/watch?v=Hp8K3sWQD_E&feature=related
baru balik meeting...kami dapat maklumat 5000++ polis bantuan/simpanan dan FRU telah dikerahkan untuk menyertai bersih 2.0 dgn berpakaian org awam... mereka ini akan tunggu masa je utk grab sape2 didepan mata mereka ikut sempat.so minta jgn bawa kanak2 dan wanita..minta tlg sgt2... beberapa ribu sukarelawan juga telah bersetuju(terlatih)utk jd shield/perisai sekiranya berlaku apa2 kejadian yg tidak diingini...so kita bukan move sesuka hati... anything happen kita ada backup!!!
http://www.youtube.com/watch?v=j0nFTaaVdOg
dari maklumat risikan dari setiap negeri,kita target 1juta peserta akan turun tidak termasuk sukarelawan2...nak lihat gelombang rakyat malaysia??? ini bukan tentang sesiapa,ini tentang hak kita sebagai rakyat...tolong jgn bawa sebarang senjata,kita adalah perisai antara 1 sama lain...
http://www.youtube.com/watch?v=3BcVg3Sapjk&feature=related
siapa yg masih boleh tahan dgn kerajaan barisan nasional sekarang,sila jgn turun padang
http://www.youtube.com/watch?v=xLPr3Y0BXq4&feature=related
nak tokok tambah silakan...mmg ptt umno/barisan nasional takut dgn bersih 2.0 ni...
PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;
(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu
Senjata Tempur & FRU
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup 'A', 'B' dan 'C'). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu, pencatat buku harian, jurugambar, penterjemah, penembak tepat, pengendali semboyan dan mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.
Selain itu pasukan ini juga menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bg membantu ketua polis daerah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.Di samping itu FRU telah menunjukkan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mengarak Panji-Panji DiRaja ketika menjalankan tugas kawalan kehormatan.Beberapa Terup PSP sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Jabatan KDN/KA hendaklah dikekalkan sebagai Simpanan KPN.Mereka tidak boleh ditugaskan kecuali dengan arahan atau dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Jabatan KDN/KA.
Tips menangani Senjata
o1) Pakaian yang memudahkan pergerakan
02) T-shir berkolar dan seluar cargo.
03) Kasut snickers yang sesuai untuk berlari.
04) Topi bulat untuk mengurangkan risiko sunburn.
05) Bawa beg pun yang ringan sahaja supaya mudah bergerak.
06) Tuala untuk lap peluh atau lembabkan muka.
07) Air dalam botol kecil 600ml. Boleh minum atau basuh muka jika terkena gas pemedih mata.
08) Garam halus untuk disapu di kulit muka jika terkena gas pemedih mata. 09) Makanan ringan seperti coklat untuk tenaga segera.
Menghadapi demo nih, hanya ada tiga benda nih yang ditakuti orang (phobia):-
1. Semburan Air Gatal
2. Gas pemedih mata
3. Belantan
Air Gatal
lumurkan badan dengan minyak kelapa. Kalau boleh, mandi atau celup badan dalam tong minyak kelapa. Minyak kepapa sedikit sebanyak akan mengalis kulit dari terkena air. Jangan guna minlak tanah.. petrol...diesel.
Gas pemedih mata
gas ini bertindak kalau terkena mata dan terhidu baunya. Untuk mata, pakailah 'google' kecil yang perenang guna tuh. Untuk hidung, tekup ngan tuala lembab. Makan sedikit garam kasar sebelum mamat FRU tembak gas.
Belantan
Lilit kepala tebal-tebal dengan kain ker. Atau pakai helmet
APABILA DIBRHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :
* Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
* Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
* Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan
nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"
2.3 Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:
* menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
* menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.
3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
* Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
* Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
* Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
* Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
* Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
* Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
* Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
* Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
* Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.
Last edited:
