BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara Kerajaan Rugi Lebih RM1 Juta Terperdaya Pelaburan Saham Tidak Wujud

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
28880c4f432cb5cb63ccd5ca65ff913968e93d88d4a1e

Datuk Azizee Ismail

Polis mengesahkan seorang pesara kerajaan kerugian RM1.0024 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata lelaki berusia 67 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Facebook pada Ogos lepas, yang kemudiannya menawarkan pelaburan saham menjanjikan keuntungan sehingga 200 peratus dalam tempoh masa singkat.

“Mangsa seterusnya berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan pesara kerajaan itu berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan, sekali gus diminta memuat turun satu aplikasi bagi tujuan pendaftaran keahlian sebelum membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizee berkata mangsa telah membuat 22  transaksi pembayaran berjumlah RM760,200 ke dalam enam akaun bank berbeza sejak 8 Okt hingga 10 Dis lepas dan mangsa dijanjikan keuntungan pelaburan sebanyak RM7,488,492 bagi sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan sebanyak tiga peratus daripada jumlah keuntungan sebagai terma dan syarat pengeluaran wang pelaburan apabila beliau ingin mengeluarkan keuntungan.

Beliau berkata seterusnya dalam tempoh 18 hingga 24 Dis lepas, mangsa telah membuat enam transaksi kemasukan wang berjumlah RM242,200 ke dalam satu akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa hanya menyedari diperdaya apabila tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan yang dipaparkan dalam aplikasi itu, sebaliknya diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan cukai serta Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket penipuan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register