BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesanan dari DR. MANGSA RAGUT

BizClub

Super Active Member
Messages
7,033
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,033
Reaction score
157
Points
78
Wanita ubahlah gaya, usah bawa beg tangan

Saya adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana. Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Saya berpuas hati dengan kehidupan saya. Biar pun sibuk tetapi saya bahagia.

Namun kebahagiaan saya hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangan saya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati saya semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada saya. Selama ini saya hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami saya. Begitu berani peragut tersebut.

Saya terjatuh, kepala terhempas ke atas jalan. Saya pitam. Apabila sedar, kepala saya berdarah dan saya ke hospital bersama suami. Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, saya menangis. Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan saya takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika saya ada pendarahan dalam otak dan saya perlu dibedah? Jika dibedah, adakah saya akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau saya akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga saya nanti? Siapa yang akan menjaga anak saya yang masih kecil? Bagaimana dengan impian saya untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?

Saya bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapi luka di kepala menyebabkan saya terpaksa dijahit. Saya trauma, rasa takut apabila hendak keluar rumah.

Hari ini apabila saya keluar, saya lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan. Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan.

Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut. Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak peduli pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli

Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan.

DR. MANGSA RAGUT

Kuala Lumpur

http://kedahlanie.blogspot.com
 
betul la..skang takut tau..skang ni kalau nk pi kedai..i bubuh duit dlm poket jek..senang..

lagi satu kalau org dok ragut tu berebut2 tarik2 beg, lepas je laaa...biarkan dia amik. Tak payah nk lawan2 pulak..bahaya..

peragut2 ni elok kite seret jek muke dia kat jalan tar..bio buruk muke dia seumo idop..

emosi tol laaa aku kalau pasal ragut2 nih..nyawa melayang dorang tak peduli dah..pala otak letak kat tapak kaki tol la..
 
Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut.

kerajaan watpe ek ?
yg aku tau dorang bebel lebih kurang kat tv. pastu wat derk.
 
Last edited:
errmmmmm....masalahnyer pompuan nie byk harta karun nk bawak

kdg2 je bwak beg kecik
tapi sllnyer mmg bawak beg bsr laa
sbb byk benda nk letak :D:D:D
 
:-? lps nie nk bwk beg kepit je la..
 
tu la..

dlm handbag tu mcm2 harte jarun dok ade..

bwk dompet sudah la..
 
kerajaan watpe ek ?
yg aku tau dorang bebel lebih kurang kat tv. pastu wat derk.

:eek::eek:...cakap lbh kurang ckit2..kasi nasihat skit...tu kira usaha la tu bg kerajaan!!
 
lepas nie...yang perempuan kalau pakai baju kurung kene wat poket.....yang pakai skirt labuh pun sama...kalau pakai seluar pun jangan memandai pakai handbag...salah satu inisiatif yang patut digalakkan...
 
pakai je beg hiking macam nak p memanjat gunung, insyaallah peragut pun pikir 2-3 bulan sebelum nak meragut
 
Back
Top
Log in Register