BTC USD 81,346.5 Gold USD 4,030.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesakit minta kantin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol.
< 1 / 1 >
BANDAR SERI JEMPOL - Penduduk dan pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol dekat sini, meminta pihak Jabatan Kesihatan Negeri menyediakan kemudahan kantin.

Penduduk, Mohd Nasir Abd Rahman, 55, berkata, sejak klinik kesihatan ini dibina 20 tahun lalu, ramai yang mendapatkan rawatan di sini.

"Jadi wajarlah kemudahan kantin ini disediakan bagi memudahkan pesakit dan kakitangan klinik membeli makanan.

"Diharap Jabatan Kesihatan Negeri dapat mengkaji perkara ini," katanya.

Peneroka Felda Pasoh 3, Abd Ghani Ahmad, 62, berkata, ketiadaan kemudahan kantin turut memberi kesulitan kepada pesakit terutama warga emas yang berpuasa sebelum mengambil ujian darah.

"Selepas selesai mengambil darah, pesakit perlu makan segera dan menjadi masalah kerana ketiadaan kantin,” katanya.

Aida Asmawatie Rasid, 26, dari Ayer Hitam pula berkata, jika pihak berkenaan sediakan kantin, ia bukan sahaja memudahkan pesakit mendapatkan makanan, malah kakitangan klinik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata, pihaknya akan memanjangkan aduan orang ramai kepada jabatan kesihatan untuk tindakan selanjutnya, namun perlu ambil kira bancian kedatangan pesakit sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya difahamkan jumlah pesakit yang datang ke klinik tidak menentu dan kesesakan hanya pada hari-hari tertentu sahaja," katanya.

Katanya, pihak jabatan dan pejabat kesihatan akan diarah untuk membuat kajian mengenai perkara berkenaan.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pesakit-minta-kantin-1.388011
 
Back
Top
Log in Register