BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pesakit mental rupanya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Pesakit mental rupanya
FB_IMG_1644638424391.jpg

Seremban: Lelaki yang menimbulkan kekecohan dengan mengamuk dan memaki pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Dato Muda Linggi, dekat sini, disahkan pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan selepas tular rakaman video mengenai lelaki terbabit.

"Lelaki itu memberhentikan Perodua Alza dinaiki dan menjerit serta mengamuk di jalan raya.

"Bertindak atas maklumat yang diperolehi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menghubungi pemilik kenderaan terbabit jam 8.30 pagi tadi.

"Lelaki berusia 38 tahun itu hadir ke Bahagian Trafik IPD Seremban bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit mengesahkan bahawa dia adalah individu yang dirakam itu.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 8 Februari lalu dan lelaki berkenaan mengaku ketika itu dia dalam keadaan tertekan dan gagal mengawal diri.

"Selain itu, dia mempunyai rekod rawatan mental di wad psikiatrik Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban dan masih menjalani rawatan susulan," katanya.

Nanda berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membuat halangan di jalan raya.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya," katanya.

▶️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register