BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pesakit dakwa tunggu giliran 3 jam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
PESAKIT DAKWA ‘DISIDAI’ TIGA JAM DI HOSPITAL, VIDEO TULAR CETUS KECAMAN

JOHOR BAHRU- Seorang lelaki meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap perkhidmatan sebuah hospital menerusi video tular di TikTok selepas mendakwa menunggu lebih tiga jam tanpa kehadiran doktor untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pemilik akaun TikTok “shamangah1980”, lelaki terbabit mendakwa isterinya berada dalam keadaan lemah namun mereka masih belum menerima rawatan sewajarnya walaupun sudah berada di hospital sejak kira-kira jam 5 petang.

Dalam rakaman berdurasi beberapa minit itu, lelaki berkenaan mempersoalkan kualiti perkhidmatan hospital terbabit sambil mendakwa tiada doktor ditemui ketika dia masuk ke beberapa bilik rawatan.

Dia turut mendakwa kakitangan hospital memaklumkan semua doktor sedang mengendalikan kes kecemasan lain, namun perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati kerana isterinya didakwa memerlukan perhatian segera.

Rakaman tersebut turut menunjukkan beberapa individu lain dipercayai sedang menunggu giliran rawatan di kawasan hospital berkenaan.

Video itu pantas tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian menyuarakan simpati terhadap situasi dialami lelaki terbabit manakala ada juga meminta orang ramai memahami tekanan dihadapi petugas kesihatan terutama di jabatan kecemasan hospital kerajaan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak hospital atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dakwaan berkenaan.

#Myjohor

 
Back
Top
Log in Register