BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesakit bakal dibebani kos rawatan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_10.1.jpg


KOS rawatan pesakit di Hospital Serdang dijangka meningkat sekiranya pengurusannya diambil alih oleh UPM.

KUALA LUMPUR – Kira-kira satu juta pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang bakal berhadapan masalah bayaran kos rawatan lebih tinggi jika pengurusannya diambil alih oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM).

Setiausaha Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Serdang, Dr. M. Mahendran (gambar) berkata, sewajarnya hospital itu terus berada di bawah pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan di situ.

“Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar Serdang malah pesakit dari negeri lain seperti Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Hospital Serdang merupakan hospital pakar yang menawarkan kos rawatan yang rendah dan mampu dibayar oleh para pesakit serta menjadi tumpuan bagi pesakit jantung menjalani rawatan selain Institut Jantung Negara,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Serdang dekat sini semalam.
 
Ahli Lembaga Pelawat Mahu Hospital Serdang Kekal Di Bawah KKM

SERDANG, 11 Mei (Bernama) -- Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Serdang mahu hospital itu kekal di bawah pengurusan Kementerian Kesihatan dan tidak diserahkan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Setiausaha ALP Dr Mahendran Maniam berkata tiada sebab mengapa hospital itu perlu ditukar pengurusan kerana selama ini tidak pernah timbul sebarang masalah sejak hospital itu diwujudkan.

"Jika hospital ini diserahkan kepada UPM sukar untuk mengawal caj bayaran untuk rawatan.

"Apatah lagi hospital ini menampung keperluan hampir sejuta penduduk sekitar yang memerlukan perkhidmatan kesihatan dan jumlah itu semakin meningkat dari semasa ke semasa terutamanya untuk pesakit jantung," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selasa lepas beberapa persatuan di UPM mendesak supaya hospital tersebut dijadikan sebagai hospital pengajar, dengan pengurusannya diserahkan kepada UPM bagi kemudahan latihan pelajar fakulti perubatan dan sains kesihatan.
 
adoi kena demam je pun g clinic mau rm30-40 gak terbang..klo sakit lain abisla
 
Nape nak kena naik harga plk klu UPM amik alih????
 
UPM nak buat Hospital Serdang sebagai Hospital Pengajaran. Pasni tukar nama jadi HUPM :))
 
pengubatan adalah bisnes!..
 
dulu Pertanian adalah Perniagaan...
kmdn Pendidikan adalah Perniagaan...
kini Perubatan adalah Perniagaan...
 
Back
Top
Log in Register