BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perut terburai digilis treler

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.gif


TEMERLOH – Dua buruh ladang warga Indonesia maut dengan salah seorang mangsa diseret sejauh 1 kilometer oleh sebuah treler membawa muatan besi dalam kemalangan di Kilometer 115 Jalan Kuala Lumpur Kuantan.

Dua yang terbunuh ialah pekerja ladang Felcra Kawasan Berhala Gantang dikenali sebagai Junaedi 22, penunggang motosikal dan rakannya Hardi Awan 38, meninggal dunia serta merta selepas mengalami cedera parah di seluruh badan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua buruh berkenaan yang menaiki sebuah motosikal datang dari arah Maran berhenti di simpang untuk membelok masuk ke Taman Setia Jasa.

Pada masa sama sebuah treler dipandu Tan Choo Yeow 42, yang datang dari arah sama gagal mengelak mangsa lalu terus merempuh kedua-dua sahabat malang terbabit.

Akibat rempuhan itu salah seorang mangsa terpelanting dan cedera teruk dengan keadaan usus terkeluar dari badan.

Seorang lagi mangsa terperosok ke bawah treler bersama motosikal lalu diseret sejauh satu kilometer dan pemandunya hanya memberhentikan kenderaan berhampiran masjid Kampung Sungai Gau di sini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/perut-terburai-digilis-treler-1.32994
 
Last edited:
pergh ngeri sungguh.Minta dijauhkan
 
kes brenti tgh jln ni nk belok..bahaya cmni.elok brenti je tepi jln.line clear br belok.
 
Awat 1 kilo baru nak stop
 
lori xperasan ke sampai bwak 1km tuh?ke suratkhabar ni wat cite?hehe
 
Back
Top
Log in Register