BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perut meletup terlebih makan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Beijing: Seorang wanita berusia 58 tahun terpaksa melakukan pembedahan membuang perutnya yang ‘meletup’ selepas makan dan minum arak (terlalu banyak) ketika Festival Musim Bunga.

Portal web Modern Express memetik, seorang pakar nutrisi di Hospital Friendship Beijing sebagai berkata, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di Suzhou, wilayah Jiangsu, sejam selepas mengalami bengkak teruk pada perutnya akibat terlebih makan dan didiagnos menghidap gastrektasia.


Ketika pembedahan dilakukan, gas mengandungi alkohol etil dilepaskan dari perutnya dan terkena pisau pembedahan elektrik pakar bedah mengakibatkan kebakaran kecil berlaku. Ketua doktor di Hospital Nanjing Drum Tower Wang Hao berkata, kes seumpama itu ada kalanya berlaku sehingga 12 kali setahun di hospital tertentu.



Katanya, kejadian perut terbakar amat jarang berlaku, namun tidak mustahil disebabkan kadar alkohol yang tinggi di dalam organ mangsa.


“Lazimnya seseorang berhenti makan apabila rasa kenyang.


“Bagaimanapun, seseorang mungkin tidak mampu peka terhadap amaran badannya jika mencampurkan minuman beralkohol ketika makan besar mengakibatkan pemakanan berlebihan,” katanya. - Agensi
 
Kasi buang terus isi perut tu lg bagus
 
Kasi buang terus usus perut tu lg bagus
 
akibat minum arak..ditambah lak suka tahan kentut tu yang leh meletup dalam perut banyak sangat gas..:D
 
nak rasa ngeri atau nak trgelak ni....adoi...ptut la alkohol haram
 
Pengajarannya... bila dah tua.. makan la sket2 jer... minum tu kalau tak perlu pun boleh gak..
 
Back
Top
Log in Register