BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perusahaan Bot Pelancong Kampung Masjid Tok Ku Rancakkan Pelancongan Sungai Terengganu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Perusahaan Bot Pelancong Kampung Masjid Tok Ku Rancakkan Pelancongan Sungai Terengganu​

a70b21c18bd511b19c70099b6911c3ef6a2a5c4460d29

8d6d8d6688cea0cd44884621483776736a2a5cc13c691

Bot Pelancongan mampu menjana pendapatan komuniti setempat melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTI MADANI) di Kampung Masjid Tok Ku, Kuala Terengganu.

Perusahaan bot pelancong yang akan diusahakan oleh penduduk Kampung Masjid Tok Ku di sini bukan sahaja mampu menjana pendapatan komuniti setempat, malah turut berpotensi merancakkan sektor pelancongan berasaskan air dan alam semula jadi di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Masjid Tok Ku Syed Husein Helmi Tuan Rashid berkata bot berkapasiti 12 penumpang berharga RM138,000 itu diterima pihaknya dua minggu lepas melalui Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTI MADANI).

Beliau berkata komuniti kampung memilih untuk menjalankan perusahaan bot pelancong berikutan kedudukan kampung yang terletak berhampiran Sungai Terengganu yang boleh ditelusuri untuk menyaksikan kecantikan lokasi-lokasi ikonik di Terengganu seperti Jambatan Angkat di Kuala Nerus serta Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam di sini.

“Kami melihat potensi besar dalam sektor pelancongan sungai kerana aktiviti menelusuri Sungai Terengganu semakin mendapat permintaan. Selain itu, kami juga melihat permintaan terhadap aktiviti mencandat sotong dan memancing yang melonjak sejak setahun atau dua tahun kebelakangan ini, terutama dalam kalangan pelancong dari luar Terengganu,” katanya kepada Bernama di Kampung Masjid Tok Ku di sini.

Beliau berkata meskipun perkhidmatan bot pelancongan itu akan beroperasi dalam tempoh tiga atau empat hari lagi, pihaknya telah menerima tempahan yang hampir penuh sehingga Julai ini.

Syed Husein Helmi berkata buat masa ini beliau bersama penduduk kampung masih dalam proses melengkapkan beberapa fasiliti dan kemudahan pada bot berkenaan bagi memenuhi spesifikasi serta keperluan operasi pelancongan sebelum perkhidmatan itu dimulakan.

“Kadar yang akan dikenakan bagi pakej menelusuri Sungai Terengganu adalah RM30 seorang untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak manakala bagi aktiviti mencandat sotong dan memancing pula caj yang dikenakan adalah antara RM1,200 hingga RM1,500 bergantung kepada tempoh serta pakej yang diambil pelanggan,” katanya, sambil memberitahu bot pelancong itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas.

Beliau berkata keuntungan yang dijana menerusi projek itu akan dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk Kampung Masjid Tok Ku termasuk bantuan ketika berdepan situasi kecemasan seperti bencana ribut dan sebagainya.

Selain itu, sekiranya memperoleh pendapatan yang lebih, pihaknya bercadang untuk membeli sebuah lagi bot pelancong bagi mengembangkan lagi perusahaan itu.

 
Back
Top
Log in Register