BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan Lulus 2019, Perak Mohon Percepat Pembinaan Hospital Kampar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Peruntukan Lulus 2019, Perak Mohon Percepat Pembinaan Hospital Kampar​

cb61b25360767fbd15e8e45411ff8cda6a3d006bf3bd0

Datuk A. Sivanesan

Kerajaan Negeri Perak memohon Kerajaan Persekutuan mempercepat pembinaan bangunan Hospital Kampar.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri Datuk A. Sivanesan berkata hal ini kerana Hospital Kampar yang ada ketika ini semakin uzur dan tidak lagi sesuai untuk menampung keperluan pesakit.

Beliau berkata pihaknya juga merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad supaya memberikan perhatian serius kepada projek pembinaan Hospital Kampar yang baharu.

"Hospital Kampar susah untuk dibaiki dan dipulihkan. Suasana serta keadaan lokasi hospital itu juga tidak sesuai, bukan sahaja untuk OKU (Orang Kurang Upaya), malah warga emas tanpa kenderaan turut menghadapi kesukaran untuk sampai ke hospital.

"Musim hujan pula menyukarkan pergerakan pesakit dari satu blok ke blok yang lain. Hospital Kampar ini ialah hospital lama yang dibina pada era 40-an dan 50-an, sangat tidak mesra pesakit," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Sivanesan berkata peruntukan bagi pembinaan hospital berkenaan sebanyak RM500 juta sudah pun diluluskan pada 2019 selepas mengambil kira keadaan fizikal hospital lama yang sukar dibaiki dan dipulihkan.

Sebelum ini, kejadian kebocoran serius di Hospital Kampar menyebabkan petugas kesihatan terpaksa menggunakan payung bagi melindungi pesakit di dalam wad.

Perkara itu dikongsikan pengguna media sosial yang menyaksikan sendiri suasana berkenaan apabila air hujan menitis di dalam wad selain beberapa kali mengalami gangguan elektrik menyebabkan peralatan perubatan seperti mesin ventilator turut terjejas.

Dalam perkembangan lain, Sivanesan berkata kenderaan seorang lelaki yang disaman pihak berkuasa di Hospital Raja Permaisuri Bainun disebabkan kenderaan itu diletakkan di lokasi yang mengganggu laluan serta menghalang pandangan pengguna jalan raya.

 
Back
Top
Log in Register