Pendahuluan:
Buku:............Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran & As-Sunnah
Penulis:..........Prof Dato' Dr Haron Din
Tahun:......... 1990
Muka surat:....vii-ix
-----------------------------------------------------------------
Kaedah Perubatan Islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadis, sunnah Rasulullah, doa-doa para ambiya' mungkin baru di Malaysia. Rawatan kaedah ini tidak boleh dikategorikan sebagai perubatan Melayu tradisional, kerana ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis, sunnah Rasulullah adalah nyata sumbernya, manakala doa yang dipohon adalah jelas maksudnya.
Sebenarnya, rawatan kaedah ini telah lama dibicarakan oleh ulama2 terdahulu menerusi buku2 rawatan seperti At-Tibbun-Nabawi, At-Tib-War-Rahmah, dll.
Rawatan kaedah ini bukan bertujuan mengambil-alih fungsi rawatan moden di hospital2 dan klinik2. Ianya lebih merupakan ikhtiar berasaskan ayat-ayat Al-Quran, hadis, sunnah Rasulullah dan doa-doa para ambiya', sekiranya rawatan moden gagal memberi kesembuhan.
Sememangnya, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan moden terlebih dahulu.
-----------------------------------------------------------------
Nak belajar lebih lanjut? Nanti aku cuba ikhtiarkan...khidmatku percuma !