Perubatan Islam (Darul-Syifa')- Pendahuluan

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Pendahuluan:

Buku:............Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran & As-Sunnah
Penulis:..........Prof Dato' Dr Haron Din
Tahun:......... 1990
Muka surat:....vii-ix
-----------------------------------------------------------------

Kaedah Perubatan Islam menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadis, sunnah Rasulullah, doa-doa para ambiya' mungkin baru di Malaysia. Rawatan kaedah ini tidak boleh dikategorikan sebagai perubatan Melayu tradisional, kerana ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis, sunnah Rasulullah adalah nyata sumbernya, manakala doa yang dipohon adalah jelas maksudnya.

Sebenarnya, rawatan kaedah ini telah lama dibicarakan oleh ulama2 terdahulu menerusi buku2 rawatan seperti At-Tibbun-Nabawi, At-Tib-War-Rahmah, dll.

Rawatan kaedah ini bukan bertujuan mengambil-alih fungsi rawatan moden di hospital2 dan klinik2. Ianya lebih merupakan ikhtiar berasaskan ayat-ayat Al-Quran, hadis, sunnah Rasulullah dan doa-doa para ambiya', sekiranya rawatan moden gagal memberi kesembuhan.

Sememangnya, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan moden terlebih dahulu.
-----------------------------------------------------------------

Nak belajar lebih lanjut? Nanti aku cuba ikhtiarkan...khidmatku percuma !
 
Last edited:
Sponsored Post

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Saya memang dah miliki buku tersebut...cuma kaedahnya kurang terperinci....betullah kata tuan sconsult....kena belajar berguru ni....Talaqqi....free erk....:)
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Saya memang dah miliki buku tersebut...cuma kaedahnya kurang terperinci....betullah kata tuan sconsult....kena belajar berguru ni....Talaqqi....free erk....:)
Terima kasih, saya bukan hendak mempromosi buku tersebut ataupun mempromosi mana2 kaedah rawatan. Sememangnya ramai memiliki buku2 berkaitan demikian tetapi tidak dapat menafaatkan sepenuhnya.

Tujuan thread ini hanyalah untuk mengimbas kembali kaedah rawatan yang pernah digunakan oleh para nabi/rasul, as-sunnah, hadis2, ayat Al-Quran yang jelas maksudnya.
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Terima kasih, saya bukan hendak mempromosi buku tersebut ataupun mempromosi mana2 kaedah rawatan. Sememangnya ramai memiliki buku2 berkaitan demikian tetapi tidak dapat menafaatkan sepenuhnya.

Tujuan thread ini hanyalah untuk mengimbas kembali kaedah rawatan yang pernah digunakan oleh para nabi/rasul, as-sunnah, hadis2, ayat Al-Quran yang jelas maksudnya.
Bagus tuan..kalau tuan promosi pun tak jadi masalah selagi ia baik untuk semua....isi buku tersebut bukan hanya dituju untuk perubatan aje kan..bahkan segala ayat2 dan zikirnya boleh dijadikan amalan harian...:)
 

chai

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
2,251
Reaction score
0
Points
20
bagus rawatan darulsyifa ni...
tapi kena g klinik or hospital dulu...andaikata doktor tak tau punca [email protected] berkurang selepas itu,sila2 lah mendapatkan rawatan cara islam ni...
selanjutnya silalah tanya tuan tanah yang lebih arif...berbalik ker tuan tanah...
 

_freedom_

Fun Poster
Joined
Jul 17, 2008
Messages
347
Reaction score
0
Points
10
aku dah gi dah Darulsyifa ni kat Bangi, ramai sungguh terutama hari selasa (Tok Guru Dato Haron Din)...
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Bagus tuan..kalau tuan promosi pun tak jadi masalah selagi ia baik untuk semua....isi buku tersebut bukan hanya dituju untuk perubatan aje kan..bahkan segala ayat2 dan zikirnya boleh dijadikan amalan harian...:)
Sebenarnya, saya lebih tekan kan kekeliruan yang timbul di dalam rawatan yang dikatakan 'Islamic' terutamanya dalam rawatan tradisional.

Kekeliruan yang timbul adalah seperti penggunaan ayat Al-Quran yang diubahsuai, menggunakan nama Allah dan rasul pada tempat yang salah. Kekeliruan untuk mengenalpasti amalan sihir, menurun, penggunaan 'khadam'.
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
bagus rawatan darulsyifa ni...
tapi kena g klinik or hospital dulu...andaikata doktor tak tau punca [email protected] berkurang selepas itu,sila2 lah mendapatkan rawatan cara islam ni...
selanjutnya silalah tanya tuan tanah yang lebih arif...berbalik ker tuan tanah...
Memang benar, elok ke hospital/klinik terlebih dahulu, kerana mungkin hanya penyakit fizikal.
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
aku dah gi dah Darulsyifa ni kat Bangi, ramai sungguh terutama hari selasa (Tok Guru Dato Haron Din)...
Memang ramai yang sakit spiritual akibat gangguan jin/syaitan. Keadaan menunggu lama tentunya menimbulkan keresahan kepada pesakit & warisnya.

Gangguan jin/syaitan ni akan berterusan hinga hari kiamat. Walaubagaimanapun, eloklah sekiranya kita semua sama2 dapat belajar kaedah2 mengatasi gangguan makhluk halus ni.
 

hafis9984

Fun Poster
Joined
Nov 1, 2008
Messages
322
Reaction score
0
Points
10
jauhnya kalo nk g kan..ak ni ore pantai timur kelate.. sini cwgn dia xde ke..n tuan guru dato xdtg sini ke?
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register