BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

perubahan undang2 teknikal JPJ

MASTER ZEKAMAN

Active+ Member
Messages
4,231
Joined
Sep 16, 2008
Messages
4,231
Reaction score
51
Points
30
Mungkin berita baik jika benar,,,

maklumat baru dari JPJ

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 Tahun 2012

... Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2 Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan

3 Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof 2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal 3 Permohonana tukar gear manual / automatik 4 Permohonan memasang kanopi 5 Permohonan memasang kanvas 6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel) 7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung) 8 Permohonan membina badan bas baru

4 Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonana di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"

Saya yang menurut perintah

IR HAJI MOHAMAD BIN DALIB
 
wallaaaaaaaaaaaa... best r camtu tak yah tunggu kelulusan jpj ngan puspakom utk sunroof....
 
puspakom still kena test cuma surat dari teknikal JPJ aje tak perlu..
 
dpt la aku pasang roof rack ngan kangaroo bar nih..:)paid
 
puspakom still kena test cuma surat dari teknikal JPJ aje tak perlu..

Puspakom pun tak perlu pergi.Tadi saya pergi JPJ Bangi pasal gear box tukar manual kepada Auto..staff kata puspakom pun tak perlu.Saya macam x percaya so pergilah ke Puspakom Bangi..staff Puspakom bangi cakap "encik skang dah x perlu check kat puspakom terus pakai je sebab kami dimaklumkan oleh pihak JPJ melalui surat" perasaan x surat tu tulis "TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ." maksudnya Tidak perlu juga menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM..tapi ayat dia sedikit keliru..hehe..thats why saya tgk tadi ada surat baru dia edit sikit kat word TIDAK PERLU tu dia bubuh dua perkataan TIDAK PERLU
kelulusan automotif dan TIDAK PERLU menjalani pemeriksaan Puspakom.Maknanya pasni xyah lah susah2 nak endorsed semua tu pihak jpj dan puspakom pun senang sikit koje diaorang sama sama senang..alhamdulillah..hehe
 
maknanya...lepas modified kereta,x payah gi test kat puspakom..

pakai leh pakai terus ke?
 
maknanya...lepas modified kereta,x payah gi test kat puspakom..

pakai leh pakai terus ke?

yup, untuk jenis modifikasi seperti yang disenarai kan je lah..

ankat enjen kalu, kena jugak la..:))
 
pasni ramai pakat tukar gear box....huhu
 

yup, untuk jenis modifikasi seperti yang disenarai kan je lah..

ankat enjen kalu, kena jugak la..:))

yap betul..kalau tukar enjin keta tetap kena minta kelulusan dan puspakom seperti biasa..kecuali apa yang disenaraikan di atas.Alhamdulillah pasni tak yah nak susah payah mohon surat kelulusan dari JPJ pas dah dapat kelulusan kena gi puspakom check agi..adeiii..hehe..skang terus pakai je..sebab dia tidak meliputi keseluruhan enjin cuma tukar gear box sahaja.Kalau wira tukar enjin mitsubishi,honda lama tukar enjin vetec dan apa2 yang tukar enjin tu kena minta kelulusan JPJ dan check kat puspakom maca biasa..
 
abih tu kalau kita pakai gear manual tukar ke auto.lkat geran tulih manual ,klu eksiden insuran cover tak
 
Back
Top
Log in Register