BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang!

azimlife

Super Active Member
Messages
9,622
Joined
May 31, 2007
Messages
9,622
Reaction score
152
Points
73



Adakah saudara/saudari sudah melibatkan diri di dalam pertubuhan haram ini? Kalau ada yang sudah terjebak dengan dakyah palsu ini maka saya ingin mengajak anda kembalilah kepada nawaitu sebenar anda di dalam dunia blogging ini.

Saya agak terkejut apabila fenomena ini mula melanda para bloggers yang baru berjinak dalam dunia blogging. Dalam erti kata lain, fenomena ini dicetuskan oleh newbies yang begitu ghairah mengaut keuntungan berganda daripada iklan Nuffnang. Saya cuma tekankan kepada newbies dan saya tidak menolak ada di kalangan bloggers senior yang mendekati pertubuhan haram ini.

Saya faham dengan keghairahan kalian untuk menjana pendapatan sampingan. Namun, dalam keghairahan dan kerancakan kalian untuk mengaut laba dari Nuffnang, kalian sudah tersasar jauh dari rencana asal. Paling dahsyat dan keji, kalian menubuhkan “Team Klik-Klik Nuffnang” (saya namakannya sebagai pertubuhan haram) untuk memudahkan bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang diblognya untuk dijamah dan diratah oleh rakan-rakannya yang lain secara keji lagi haram!

Tidak terfikirkah kamu akan implikasi atau impak yang bakal kalian terima apabila Nuffnang dapat mengesan dan menghidu taktik keji ini? Bukan saja duit hilang bahkan mungkin saja kalian akan digantung keahliannya. Bak kata pepatah, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.” Bahasa mudahnya, kalian akan berputih mata! Baru padan muka sendiri, kan?

Saya tidak faham kenapa kamu perlu tubuhkan Team Klik-Klik Nuffnang ini sedangkan sudah tersedia pelbagai method yang boleh digunakan bagi membantu kalian menaikkan pendapatan Nuffnang. “Niat tidak akan menghalalkan cara” sekiranya pendekatan sebegini rupa yang kalian praktikkan. Bahkan para sifu baik diblog mahupun di forum (niche Internet Marketing) sudah menyediakan teknik SEO untuk meningkatkan trafik ke blog kalian sekaligus mencipta hits yang tinggi untuk blog kalian. Bukankah itu lebih elok dari mencipta idea keji tersebut.

Saya cuba merempit ke blog pertubuhan haram a.k.a Team Klik-Klik Nuffnang ini, tetapi hajat saya tidak kesampaian. Barangkali, mereka sudah dapat menghidu kedatangan “Geng Bas Sekolah” maka dengan pantas mereka telah memusnahkan bukti di markas rasmi tersebut.

Sudah ada yang kepanasan dengan serangan demi serangan ini? Bukan saya saja yang sudah memberikan nada tegas dalam soal ini, saudara Khai, Topo, Megat, Rjuna juga sudah memperkatakannya di blog mereka. Saya bukan berniat untuk menghentam sesiapa cuma untuk menegur kalian yang tegar melakukan perbuatan terkeji ini. Kalau kita nak cari rezeki biarlah melalui lorong dan landasan yang betul. Permainan keji gila seperti ini memudaratkan semua pihak. Tidak mustahil, Nuffnang akan jadi lebih kedekut nanti gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh para blogger ini.

p/s: Taktik keji pihak zionis dengan menghalang bekalan makanan sampai ke tangan penduduk Palestin. Mereka kenyang, rakyat Palestin kelaparan. Fikirkan!
 
tq for the info bro..

Ni la org kita.. makan la duit haram tu banyak2. x berkat hidup korang..
 
nuffnang aku tak panas sangat..sebab aku tak layan..kalo adsense, mmg aku panas..mau di ban satu Malaysia..
 
Lol..nie kire blackhat nuffnang la nie.
Baper sgt la dapat, haram lg tu.
Tak berbaloi. Next.
 
dulu tegur guna 'Topi Hitam' dlm adsense..ramai yg melenting dan marah2.. so,maknanya ramai la yg amalkan teknik blackhat nii.. :)
 
dulu tegur guna 'Topi Hitam' dlm adsense..ramai yg melenting dan marah2.. so,maknanya ramai la yg amalkan teknik blackhat nii.. :)

hehehe penah gak aku tengok ader siap list nama utk klik aku nye nuffnang nie lg ciput dah 2th baru merasa 60 hengit jer..

sape yg nak cepat kaya sgt tuh meh aku klik byk2:))
 
Klik bagi fraud terus -> banned.
 
Klik bagi fraud terus -> banned.

ganas nyer bro ..

hehehe apa pon aku syukur dah merasa sekali duit nufnang nie tu pon 61 henget jer utk 1thn lbh blog aku skg tgh tunggu kumpul utk kali ke2 lak:">
 
disebabkan puak yg sedikit buat hal.. takut semua terkene skali :D .. kesian kat orang lain.
 
uiks...
da lak team klik mengklik ek>>:-?:-?#:-S:o~X(~X(
 
Back
Top
Log in Register