BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertingkat pelaburan R&D

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Meer Habib


USAHAWAN perlu melaburkan sejumlah wang untuk menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi menghasilkan produk kreatif.

Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd Datuk Meer Habib berkata, usahawan disaran untuk menghasilkan produk berinovatif untuk bersaing di dalam pasaran setanding jenama antarabangsa.

"Habib menawarkan emas dengan harga rendah dan berkualiti kerana kami faham ia bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi digunakan untuk pelaburan.

"Habib memperkenalkan Ar-Rahnu Express untuk membolehkan pelanggan menggadai barang kemas lama. Kami juga menerima batu permata dan berlian," katanya ketika Seminar Peruncitan kebangsaan (Spark 2013), baru-baru ini.

Meer berkata, kerajaan juga perlu memberi perhatian membantu usahawan untuk mendapatkan lokasi perniagaan yang strategik.

"Jika boleh, selaraskan jenama Bumiputera dan jenama luar di dalam pusat membeli-belah terkemuka negara. Kebanyakan usahawan Bumiputera sukar mendapat tapak yang strategik di beberapa pusat membeli belah terkemuka berbanding jenama luar," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fidani Chocolatier Sdn Bhd, Datuk Dahlan Rashid berkata, syarikatnya juga melakukan R&D bagi menghasilkan produk-produk baharu yang lebih kreatif dan lain daripada yang lain untuk terus kekal lama dalam pasaran sekali gus bersaing di pasaran.

Bagi peserta Spark 2013, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Takzim Textile, Mohd Shariff Irfan Shamsudeen berkata, seminar seumpama ini menjadi platform kepada usahawan Bumiputera sepertinya untuk menimba ilmu dan pada masa yang sama dapat membina rangkaian serta idea-idea baharu.

Pemilik Nurhampers, Norhasikin Ali pula berkata, Spark 2013 memberi peluang kepada usahawan Bumiputera yang baharu berkecimpung dalam perniagaan untuk datang mendengar sejarah perjalanan kejayaan usahawan-usahawan yang sudah berjaya.
 
Back
Top
Log in Register