BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertemuan 2 waliyullah

yg kt batu phat mmg ada penah dgr..oo tima kasih..:)

Almarhum Habib Ali Batu Pahat mmg keturunan Rasulullah & wali besar...
saya & ayah berkesempatan menemui beliau 2 thun sebelum beliau meninggal dunia... ada keajaiban atau keramah yg sy dpt saksikan sendiri semasa bersama beliau... masyaAllah... rindu utk menatap wajah tua Habib yang penuh bercahaya & ketenangan tu walaupun hanya sekali menatap secara live :(
 
Almarhum Habib Ali Batu Pahat mmg keturunan Rasulullah & wali besar...
saya & ayah berkesempatan menemui beliau 2 thun sebelum beliau meninggal dunia... ada keajaiban atau keramah yg sy dpt saksikan sendiri semasa bersama beliau... masyaAllah... rindu utk menatap wajah tua Habib yang penuh bercahaya & ketenangan tu walaupun hanya sekali menatap secara live :(

crite le skit tuan...:)
 
Alhamdullillah..

Syukran..terima kasih Tuan Tuan atas maklumat/pengisisan ilmu Tuan Tuan...:D

Berkenaan Al Marhum Habib Ali Batu Pahat...berikut saya copypaste cerita Ustaz Amin (biasa kita lihat AF Ustaz Amin ni di TV dan radio.. )...Ustaz Amin sempat menziarah waktu perkebumian Ustaz Ashaari dan Al Marhum Habib Ali...





Jam 11.30 malam, saya dan sahabat yang lain terus ke Batu Pahat Johor untuk menziarahi Allahyarham Habib Ali al-Idrus. Kami sampai di Batu Pahat jam 1.45 pagi.

Orang ramai telah berkumpul, beberapa polis menjaga jalan. Untuk menziarahinya sahaja, terpaksa beratur.

Berbeza dengan Allahyarham ustaz Ashaari, kali ini, semua berjubah putih. Ada datang dari Singapore, dari Indonesia dan dari berbagai pelosok negara.

Kalau menurut beberapa ulama’ yang saya temui di Hadramaut Yaman, mereka menyatakan bahawa Allahyarham Habib Ali al-Idrus adalah antara wali Nusantara.

Walaupun di kawasan setempat tidak ramai yang mengenalinya, tetapi beliau diziarahi oleh ramai orang dari Nusantara, Timur Tengah, Eropah dan berbagai-bagai lagi.

Rumahnya yang uzur dan sederhana, memang membuatkan ramai orang sekeliling tidak mengenalinya.

Kami terpaksa beratur untuk menziarahi jenazah Allahyarham Habib Ali al-Idrus. Agak panjang. Dalam 300 orang menunggu giliran untuk menziarahinya. Malam ini sahaja, lebih kurang 1000 orang berada disekeliling rumah Allahyarham.

Saya mengambil kerusi untuk duduk kerana agak letih berdiri menunggu giliran.

Orang di sekeliling membacakan Yasin dan al-Quran. Memasuki pintu, sudah terhidu bau bakaran kemiyan.

Memasuki kawasan jenazah diletakkan. Ia di jaga oleh cucunya dan beberapa orang ahli keluarga yang sedang membacakan al-Quran.

Dengan wajah yang putih bersih, saya mencium dahinya, memegang tangannya. Kemudian memberikan sedekah al-Fatihah. Lansung terus bangun untuk memberi laluan kepada yang lain.

Duduk di luar sebentar, bersalaman dan berbual, kemudian, kami semua pulang ke Kuala Lumpur.

Demikianlah, sehebat mana kita, pasti kita juga akan pulang bertemu Allah. Hari ini, antara hak muslim dengan muslim adalah menziarahi jenazahnya. Agar, kala kita bertemu Allah, orang lain juga akan menziarahi dan membacakan fatihah untuk kita.

Kepada ahli keluarga kedua-dua Allahyarham, saya ucapkan takziah, semoga Allah menggolongkan kita dan Allahyarham berdua di dalam golongan orang yang soleh dan solehah.

Semoga kita terus memperbaiki diri, agar bertemu Allah dengan keredhaannya.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Jumaat 12.00 tengah hari

30 Jamadil Awal 1431/ 14 Mei 2010





Alhamdullillah...


Bayangkan Tuan Tuan....menurut rakan rakan saya yg turut menziarah..(saya tak sempat..:(( )..

Ada beribu org yg hadir!

Sedangkan rumah Al Habib...punyalah kecikkk je...sekerat bawah batu blok..plaster pun tak..:((

Ada jiran yg tak tau pun rumah tu tinggalnya seorg waliyullah!..

Sedangkan...menjelang kematian Al Habib....beribu yg datang..

YG PELIK...Ada begitu ramai org berjubah putih ...yg bukan melayu pun ramai!...macamana boleh tiba tiba datang dari seluruh pelusuk dunia????

Inilah rahsia kekasih Allah..:((
 
al-fatihah kepada rasulullah & para2 waliyullah..
 
pembesar2 negera pernah bertemu Yang Mulia Al-Habib... offer rumah yg lebih selesa ttp almarhum menolak...

masa sy mengunjungi rumah Al-Habib, ada tetamu dr Yaman (hadratul maut), khabarnya juga keturunan Rasulullah saw juga para wali. Dia bersama rombongannya dlm 10 org menziarahi Habib. Serbannya besar, janggutnya panjang & berjubah. sgt tua & kena papah sewaktu berjalan ke rumah habib. orgnya sangat alim & warak

semaktu berjumpa habib, dia tunduk & salam cium & kucup2 tangan al habib...
sy sgt pelik... org alim besar ini begitu menghormati al-habib uang hanya berkopian putih lusuh, berbaju melayu lusuh & kain pelikat...

maknanya al-habib bukanlah sebarangan orang

wallahualam
 
terbaca el jufri ni teringat kawan saya yang al-jufri gak. dengar cam keturunan gak la. kne kahwin pun dengan syed jugak. die syarifah.
 
jd Habib nih keturunan Saidina Husain Bin Ali Bin Abi Talib..jadi dia kturunan Abi Talib..
Taksub kepada selain ALLAH dan Rasulnya adalah haram...
nabi menegah kita membiarkan tgn kita dicium utk menjauhi riya'..wallahualam....
 
jd Habib nih keturunan Saidina Husain Bin Ali Bin Abi Talib..jadi dia kturunan Abi Talib..
Taksub kepada selain ALLAH dan Rasulnya adalah haram...
nabi menegah kita membiarkan tgn kita dicium utk menjauhi riya'..wallahualam....



Assallamualaikum Tuan..

Terima kasihh...:)cgrock

Boleh Tuan bagikan Nas atas perkara yg saya merahkan di atas....Thanks..:)cgrock





p/s : bagaimana pun...saya byk jumpa Hadith yg membenarkan...:((




عَنْ صُهَيْبٍ قالَ : رَأيْتُ عَلِيًّا يُقبّل يَدَ العَبَّاسْ وَرِجْلَيْهِ
.

Artinya : Dari Shuhaib ia berkata : saya melihat sahabat Ali mencium tangan sahabat Abbas dan kakinya.

(H.R. Bukhari)



عَنِ ابْنِ جَدْعَانْ, قالَ لاَنَسْ : اَمَسَسْتَ النَّبِيَّ بِيَدِكَ قالَ :نَعَمْ, فقبَلهَا

Artinya : dari Ibnu Jad’an ia berkata kepada Anas bin Malik, apakah engkau pernah memegang Nabi dengan tanganmu ini ?. Sahabat Anas berkata : ya, lalu Ibnu Jad’an mencium tangan Anas tersebut.

(H.R. Bukhari dan Ahmad)


Berikut ini adalah pendapat ulama


1. Ibnu Hajar al-Asqalani
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menyitir pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ.
Artinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang karena zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau karena kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.
Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab “Hasyiah”,juz,2,halaman.116.




2. Imam al-Zaila’i
Beliau berkata :

(يَجُوْزُتقبِيْلُ يَدِ اْلعَالِمِ اَوِ اْلمُتَوَرِّعِ عَلَى سَبِيْلِ التبَرُكِ…

Artinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wira’i karena mengharap barakahnya.




Waallahu'alam...






p/s lagi..:D : YG MENARIK HATI SAYA JUGA.....Al Habib Al Jufry ni bila sesiapa sja cium tangan dia....terutama kanak kanak....dia kan segera cium juga tangan org tu!...tak sempat org cium...dia akan cium jugak...sampai berlaga..:))


Tapi...nampak Syed Hamid Albar bersalam tak cium tgn.. Al Habib pun bersalam sja...:D


Sayala....memang tak kan lepaskan peluang nak cium tangan Al Habib...Insyaallah...

Cumanya "LARANGAN" yg Tuan kata tu memgganggu hati saya...Boleh agaknya Tuan Timur & Barat yg Alim membawa nas yg soreh utk betulkan hati saya yg serong ni..:((
 
Back
Top
Log in Register