quotation ok atau tidak ok adalah bergantung kepada keperluan dan bajet individu.
agent atau company takaful boleh buat berbagai jenis pakej yang kadang2 dimasukkan rider2 yg tak perlu yg menyebabkan bayaran bulanan menjadi mahal.
tugas agent bukanlah hanya menjual pakej tetapi kena buat analisis, tengok pendapatan, tengok bajet dll dan seterusnya barulah come out dgn produk yg sesuai dgn keperluan.
jumlah pampasan kematian/TPD yg ideal ialah 10 tahun gaji bulanan atau bajet bulanan keluarga. contohnya sebulan family tuan memerlukan RM3k utk segala keperluan, jadi 10 tahun bersamaan RM3k x 12 x 10 = RM360k. Ini adalah jumlah yg disarankan, tetapi kalau tak cukup bajet boleh la kurangkan setakat mana kemampuan kita, yg penting ada drp takde.
had medical card adalah perkara kedua terpenting. kenapa kedua? sebab tak semua orang masuk hospital sepanjang hayatnya. setakat ni kita masih ada alternatif hospital kerajaan yg mengenakan bayaran yg rendah. kebiasaanya, org yg sakit teruk hanya sempat guna paling kuat pun 500k-600k had medical card sebelum pergi selama2nya. dan limit berjuta2 tak dapat diwariskan pun. akan tetapi, pilihan di tangan masing2. kalau rasa perlu boleh amik. takde masalah.
sebenarnya konsep takaful ni lebih kurang sama saja mana2 company pun, garis panduan umum semuanya dari Bank Negara. jika tuan ada pertanyaan lanjut boleh pm saya no phone dan saya akan explain dgn lebih detail.
Penerangan yang cantik. Medical card limit RM1 juta dan khairat bersamaan 10 tahun kos sara hidup - kedua-duanya sangat penting pada zaman ini.
Walau bagaimanapun, jika peruntukan saudara yang bertanya tadi hanya RM200 sebulan, pilihan yang ada adalah downgrade medical card kepada RM300k supaya bahagian khairat yang hanya sekitar RM100k itu dapat dinaikkan lagi.
Jika peruntukan boleh dinaikkan kepada RM300-RM350 sebulan, saya cadangkan satu kombinasi yang berikut:
# Medical card RM1.4 juta (boleh atasi inflasi perubatan 20-30 tahun akan datang)
# Kelayakan wad RM300 (naik 10% setiap 3 tahun sehingga tahun 2115 - juga atasi inflasi)
# Hibah TPD/death biasa RM315k
# Hibah TPD/death akibat kemalangan RM720k
# 36 penyakit kritikal RM315k dibayar sekaligus
# Complimentary free health check-up & various cancers screening up to 2x setiap tahun (prevention better than cure)
# Kemudahan international GL jika berlaku kecemasan kesihatan di luar negara
# Complimentary elaun wad RM150 per night
# Tempoh menunggu untuk penyakit tertentu hanya 30 hari sahaja (pioneer dlm market)
Boleh hubungi saya as undersigned untuk perbincangan lanjut.