BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertanyaan mengenai roadblock.

gadgetmall

Super Active Member
Messages
7,064
Joined
Oct 27, 2008
Messages
7,064
Reaction score
34
Points
70
slalunye roadblock mesti ada kat selepas simpang2..

jadi aku nk tnye lah..sbnrnye ade ke rules2 utk polis time wat roadblock ni?

paling agak keterlaluan bg aku bile buat kat roadblock dekat LENCONGAN ATAS HIGHWAY.kite semue sedie maklum highway maximum 110kmh..
dngn kelajuan mcm tu,aku xrase org boleh mengelak lagi2 time2 tngh laju utk potong kenderaan lain..

aku salah seorang mangsa roadblock dan dimaki tubi oleh sorang due warge polis kat roadblock tuh.

bnde ni 2,3mnggu lepas time start cuti sem.
aku otw dari alor star ke shh alm..5pagi dah gerak(solo rider)..
eksiden tu jadi kat tapah.. aku naek moto rxz je,so tau2 la kalu motor ni kene cop mat rempit.. semasa kat Tapah,aku tngh potong kenderaan laen,utk keselamatan aku gune line kanan sbb blah kiri banyak lori.. kalu potong dari kiri,lori bukan nampak pon,sbb tu aku potong dari arah kanan.. semase kat lencongan atas highway tu,tetibe kete depan aku brek mengejut, aku pon konar ke kiri cket pstu bru brek then blanggar keta depan aku tu,aku jatuh btol2 depan roadblock..polis pon datang maki2 aku cakap nak lari.. time tu aku senyap je la sbb terkejut.. lepas relax dlm 5mnt bru aku ckp.. tngh memotong kete depan pon laju.. bukan nak dengar..salahkan aku jugak..kate aku nak lari..

ape gile nak lari atas highway,moto polis laju bpe kmh?rxz aku brape je boley pegi? lepas argue dngn sorang pak misai yg tuduh aku nk lari tuh, aku pon p la setel dngn driver kete tuh,burn 150 ganti rugi..pstu p kat polis balek,dpt surat saman side mirror..pastu dlm stngh jam lebey dok kat roadblock tu, aku tngk moto boley jalan lagi,aku pon sambong perjalanan.. luke ade la,tp luaran je sbb aku maen golek2 kat jatuh tuh.haha..yg heran baju xkoyak,luke smpai kat dada..


nak wat roadblock,aku x kesah..
kalu time kat selekoh tu,jalan2 biasa tu mmg slalu la..
Lgpon org bukan laju sngt kalu kat jalan2 biasa..
ni wat roadblock atas highway,wat kat slekoh..
xke keje gile tuh?
 
zmn blajar dulu aku bawak panther, bg org2 yg bwk motor cam rxz, panther, 125z mmg diorang akan pandang kita ni mat rempit, pnah skali aku sound balik lpas kna maki2 dgn polis, aku ckp nk saman, saman kalau btol sya salah, tp jgn maki2, kang saya report tingkahlaku awak, media tv, paper mmg suka bebenor citer2 camni.... baru nak ckp elok2...
 
zmn blajar dulu aku bawak panther, bg org2 yg bwk motor cam rxz, panther, 125z mmg diorang akan pandang kita ni mat rempit, pnah skali aku sound balik lpas kna maki2 dgn polis, aku ckp nk saman, saman kalau btol sya salah, tp jgn maki2, kang saya report tingkahlaku awak, media tv, paper mmg suka bebenor citer2 camni.... baru nak ckp elok2...

haha..
tp aku salah bab cermin je la..
kalu nak kate aku salah sbb maen line kanan,ape gune aku bayar roadtax? :)):)):))
 
alamak..bro je yg bukak thread ajak ride sekali tu...aiseh men..lupa la..sori bro..klu tak bole tgk sket pak2 pulisi tu...nak jugak kenai2..
 
sbnarnya peraturan dah salah nie..salah mmg salahlerr...bila dah kena langgar..disalah orang awam..bengong..

mcm kontraktor buat jalan gak..nak kena langgar adalah...buat kerja disebalik bukit...klau tade orang nak high beam mmg jadi kes parah kat kontraktor buat jalan ataupon cek paip..klau taruk orang kibar2 bendera oklah gak..
 
biase polis buat roadblock mcm ni sbb nak sembunyi
kalo dari jauh nampak roadblock dah tentu ramai yang patah balik@ikut jalan lain
cuma tang highway tu xpayah la buat dekat simpang2 xnampak
ade satu jalan je pun
nak xnak kene lalu situ
 
dulu pernah keluar dlm paper, agensi penguatkuasa mana tah, di larang membuat sekatan jalanraya di selekoh ( kalau x silap ada dlm peraturan sekatan jalan raya ).

Boleh refer
JPJ susun semula ujian memandu 5,000 calon
[email protected]
2010/05/23

Beberapa negeri hadapi masalah kurang pegawai penguji

BESUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpaksa menyusun semula jadual ujian memandu di beberapa negeri berikutan masalah kekurangan pegawai penguji jabatan itu yang menyebabkan kira-kira 5,000 calon ujian memandu terkandas di peringkat ujian litar dan jalan raya. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata calon berkenaan sudah lulus ujian berkomputer yang dikendalikan institut latihan memandu, tetapi tidak dapat menjalani ujian peringkat kedua dan ketiga mengikut jadual kerana masalah yang timbul itu. Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengarahkan JPJ di peringkat negeri menyusun semula jadual ujian unuk memastikan semua calon terbabit dapat menjalani ujian berkenaan dan mendapat lesen sebelum cuti persekolahan Jun ini.

“Tindakan drastik terpaksa dilakukan dan saya mengarahkan JPJ negeri antaranya Terengganu, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang supaya menyusun semula kekerapan ujian memandu, walaupun kita terpaksa menghadapi kekangan pegawai dan anggota penguji.

“Kita juga arahkan pegawai dan anggota JPJ di bahagian operasi mengambil alih tugas penguji untuk menyelesaikan segera masalah ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang, Hulu Besut, di sini, semalam.

Solah berkata, JPJ seluruh negara menerima lebih sejuta permohonan setahun untuk mendapatkan pelbagai lesen memandu dengan purata 450,000 pemohon berusia 16 tahun.
Dalam perkembangan lain, Solah berkata, pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ dilarang mengadakan sekatan jalan raya di kawasan selekoh, kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya selain mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Katanya, setiap operasi sekatan jalan raya yang akan diadakan perlu mendapat kelulusan pengarah, selain ketua unit dikehendaki sentiasa berada di kawasan operasi bagi memantau operasi yang dijalankan selain menyelesaikan masalah yang timbul.

dan juga di

http://www.scribd.com/doc/22133794/SEKATAN-JALAN-RAYA


tapi, kat selekoh ler lubuk tetapi merbahaya, sebab di selekoh pemandu x nampak apa yg ada sebelah kiri atau kanan dalam jarak 50 meter, ini membahayakan pengguna jalanraya yg lain danjuga pegawai yg terlibat.
 
dulu pernah keluar dlm paper, agensi penguatkuasa mana tah, di larang membuat sekatan jalanraya di selekoh ( kalau x silap ada dlm peraturan sekatan jalan raya ).

Boleh refer


dan juga di

http://www.scribd.com/doc/22133794/SEKATAN-JALAN-RAYA


tapi, kat selekoh ler lubuk tetapi merbahaya, sebab di selekoh pemandu x nampak apa yg ada sebelah kiri atau kanan dalam jarak 50 meter, ini membahayakan pengguna jalanraya yg lain danjuga pegawai yg terlibat.

tuh tuk JPJ je kot
:)paid
 
Tdi mase aku nk g keje pak JPJ wat roadblock kat selekoh...ngah2 sedap bantai lap..tergezut jap aku...
 
Back
Top
Log in Register