BTC USD 83,025.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertanian Wujudkan Kestabilan

fordLASER

Legendary Member
gem
Messages
10,806
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
PERTANIAN WUJUDKAN KESTABILAN - NIK AZIZ
dipetik dari Harakah

Kota Bharu - Aktiviti pertanian bukan sekadar menjadi punca rezeki kpd penduduk, sebaliknya dpt mewujudkan kestabilan dan kekuatan sesebuah negara dan ummah.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sejarah telah membuktikan terdapat sesebuah negara yg dilanda krisis kewangan menghadapi risiko apabila berlaku kekurangan bahan makanan.

"Keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka tidak mampu mengimpot bahan makanan yang mencukupi kerana kekurangan tukaran wang asing. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah menggalakkan sahabat dan umat Islam menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakkan" katanya pada perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Peringkat Negeri Kelantan 2007 di Padang Perdana di sini, baru2 ini.

Sekiranya sesebuah negara hanya bergantung kepada sumber makanan dari luar, ia sebenarnya mendedahkan negara itu kepada pelbagai risiko. Kepesatan industri pertanian dan penternakkan sekarang terutamanya dalam subsektor pedaging telah memberi peluang kepada kelantan untuk muncul sebagai pusat pengeluaran makanan halal yang berteras hasil penternakkan.Terdapat beberapa subsektor penternakkan seperti pengeluaran daging kambing dan lembu yang berpotensi dimajukan secara besar2an di negeri ini.

Ketika ini, pengeluaran daging lembu di Kelantan dianggarkan sebanyak 3 ribu tan metrik setahun dgn anggaran nilai RM36 juta. Jumlah itu hanya menampung 32% sahaja dari keperluan penduduk negeri ini, manakala selebihnya berjumlah 6,375 tan metrik dengan nilai RM76.5 juta terpaksa diimpot.

Kerajaan negeri mensasarkan menjelang 2010 pengeluaran hasil perikanan laut dalam sebanyak 100,000 tan metrik setahun berbanding sekarang 71,960 tan metrik (RM276.4 juta).

Bagi ternakkan ikan air tawar, menjelang 2010 kita mensasarkan pengeluaran sebanyak 10,000 tan metrik dengan nilai RM50 juta setahun. Ketika ini hanya 1,409.8 tan metrik dengan nilai RM7.9 juta dihasilkan"
Oleh itu Menteri Besar berharap peladang, penternak dan nelayan meningkatkan usaha dengan lebih giat bagi mengurangkan impot bahan makanan dari luar. Malah, katanya Kelantan dijangka menjadi pusat pengeluaran makanan dan produk halal utama negara pada masa akan datang.

:-? :-? :-? :-? :-? :-? :-?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register