BTC USD 33,839.1 Gold USD 1,782.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Empat sekawan manfaatkan usia muda usahakan tanah terbiar

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,708
Reaction score
2,050
Points
206
4-Sekawan-960x640.jpg

Petani remaja (dari kiri) Mat Zakie Mat Yeh, Al Iman Mohd Nor, Azin Nur Azri Rujunaidi dan Nor Ekwan Mamat memeriksa labu yang dituai sebelum dihantar kepada pelanggan di Kampung Ladang Bual, Hulu Besut. Empat sekawan ini nekad mengusahakan tiga bidang tanah terbiar menjadi ladang tanaman jagung mutiara, tembikai dan labu sekaligus meraih pendapatan yang lumayan. Foto: BERNAMA
PERSONALITIRENCANA

Ogos 16, 2020 11:34 am
Oleh Balqis Jamaludin

JERTEH, 16 OGOS: Berbudi kepada tanah, tanah tidak pernah menipu. Peribahasa itu dipegang oleh empat anak muda ini sehingga mereka nekad mengusahakan tiga bidang tanah terbiar menjadi ladang tanaman jagung mutiara, tembikai dan labu.

Mat Zakie Mat Yeh, 40; Nor Ekwan Mamat, 31; Al Iman Mohd Nor dan Razin Nur Azri Rujunaidi, masing-masing berusia 29 tahun, berkongsi modal keseluruhan kira-kira RM17,000 mengusahakan tiga ladang yang setiap satu berkeluasan 1.4 hektar.

Peruntukan RM17,000 itu adalah untuk kos penyelenggaraan tanah dan pembelian benih serta baja.
Tiga ladang di atas tanah yang disewa itu terletak di Kampung Alur Keladi, Kampung Padang Tapong dan Kampung Padang Bual, di sini.

Tanpa Pendidikan Khusus Pertanian Bukan Penghalang

Tanpa pendidikan atau sijil yang khusus dalam bidang pertanian, empat sahabat yang sebelum ini bekerja sendiri dan melakukan kerja-kerja kampung mula mengusahakan ladang mereka sejak Januari lepas.

“Kami semua tidak mempunyai sijil berkaitan pertanian atau menjalani kursus di mana-mana. Kami hanya mendapatkan ilmu daripada orang-orang tua di kampung yang mempunyai banyak pengalaman mengusahakan ladang dan kebun,” kata Mat Zakie kepada Bernama ketika ditemui di ladang mereka di Kampung Ladang Bual di Hulu Besut, di sini.

Katanya ketiga-tiga tanaman itu diusahakan mengikut giliran iaitu jagung mutiara ditanam pada pertengahan Januari hingga Mac, labu dari Mei hingga Ogos manakala tembikai pada September hingga Disember.
Mat Zakie berkata idea untuk mengusahakan tanaman tersebut dicetuskan olehnya sebelum mengajak tiga lagi rakan bekerjasama merealisasikan hasratnya untuk menceburi bidang pertanian.

“Saya lihat tanah di Besut ini sangat subur. Apa sahaja ditanam insya-Allah akan menjadi. Namun masih banyak tanah di sini yang terbiar begitu sahaja. Jadi saya ajak kawan-kawan sertai saya. Kalau boleh saya ingin jadikan Besut ini sebagai hab tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Lagipun kami orang muda masih banyak tenaga dan kuat untuk melakukan kerja-kerja ladang. Jadi apa salahnya kami ceburi bidang pertanian,” katanya.

Usaha Gigih Buahkan Hasil

Kini keempat-empat sahabat itu boleh tersenyum bangga apabila usaha keras mereka sejak lapan bulan lalu mula mendatangkan hasil yang berbaloi.
Antaranya hasil setiap tuaian kira-kira 2,000 pokok labu mampu memberi pendapatan sehingga RM7,000 hingga RM8,000, yang sebiji labu dijual antara 50 sen hingga 60 sen sekilogram.

“Jagung mutiara pula biasanya kami tanam 50,000 pokok yang dijual RM1 setongkol manakala tembikai pula ditanam 4,000 pokok yang setiap biji dijual sekurang-kurangnya RM1 sekilogram,” kata Mat Zakie sambil memberitahu hasil tuaian ketiga-tiga tanaman itu dibeli oleh pemborong untuk pasaran di dalam dan luar Terengganu.

Sementara itu Al Iman berkata langkahnya menceburi bidang pertanian pada usia muda adalah keputusan yang tepat kerana beliau yakin segala penat lelah mengusahakan ladang itu akan mendatangkan hasil yang lumayan nanti.
Pemuda itu juga berasa bangga kerana ada rakan-rakan sebaya yang ‘mencemburui’ pekerjaannya kini.

“Kawan-kawan yang bekerja di bandar apabila pulang ke kampung menyatakan bahawa saya sangat bertuah kerana berpeluang memasuki bidang pertanian pada usia muda. Ada yang menyimpan hasrat untuk mengusahakan tanaman seperti saya nanti,” katanya.

Justeru, anak jati Hulu Besut itu mengajak golongan muda sepertinya supaya tidak lagi menganggap bidang pertanian sebagai bidang 3D iaitu difficult (sukar), dirty (kotor) dan dangerous (bahaya), kerana ia merupakan bidang yang menjanjikan masa depan yang baik.

-BERNAMA
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,165
Reaction score
727
Points
171
remaja apa kebenda dah... usia middle age.. 40, 31 dan 29, teruk betul wartawan kedai kopi... itu belia.. bukan remaja dah
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,708
Reaction score
2,050
Points
206
remaja apa kebenda dah... usia middle age.. 40, 31 dan 29, teruk betul wartawan kedai kopi... itu belia.. bukan remaja dah

haha bbtol tu jang, mngkin lbh sesuai di gelar 'retua' ekekekeke:LOL:
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,947
Reaction score
1,646
Points
201
remaja apa kebenda dah... usia middle age.. 40, 31 dan 29, teruk betul wartawan kedai kopi... itu belia.. bukan remaja dah
Patut letak belia nie la wartawan xmain tulis saja hahaha
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,922
Reaction score
647
Points
81
kerana wartawan ni, mereka jadi sasaran LHDN
 

nonoo1

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2010
Messages
5,854
Reaction score
324
Points
91
mana nak dapat tanah terbiar besar cmtu untuk diusahakan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register